27/09/2023
ABANG DEE KUAT SEMBANG...!
Betul. Hari Hari dia buat video macam dia pandai sangat. Macam dia seorang berniaga nasi ayam. Berniaga pun baru 20 tahun lebih lebih. Bukan lama sangat pun.
Buat apa nak share tip tip niaga? Kenapa sibuk nak bagi orang lain berjaya? Jaga kedai sendiri sudahlah. Kalau orang lain berjaya Dan Kaya sekali pun, dia dapat apa?
Dalam dunia ni, wahai ABANG Dee, Jaga diri sendiri sudahlah. Biar orang lain dengan urusan mereka. Mereka nak lingkup ke, berjaya ke, ABANG Dee bukan rugi apa pun.
Kalau mereka nak belajar niaga, Kat luar Tu ramai je, SIFU SIFU BISNES Yang ajar. Biarlah mereka yg ajar. ABANG Dee Jaga kedai ABANG Dee je.
JANGAN SEMBANG KUAT SANGAT.
Ramai orang tak s**a. Sebab mereka pun nak ajar orang juga. Mereka lebih banyak pengalaman. Mereka ni asal chef chef besar kat hotel. Kerja berpuluh tahun kat restoran besar. ABANG Dee apa Ada? Setakat pernah niaga nasi ayam kat Gerai tepi longkang. Lawaklah ABANG Dee ni.
Tak payahlah, buat group usahawan. GEMMA ke, apa ke? Tak Ada faedah pun...!
Kalau depa nak belajar nasi ayam, suruh mereka cari resepi kat Google, YouTube, tiktok ...berlambak . Free je.
Chef yg buat kelas PJJ pun ramai. Chef yg Ada group resepi free pun ramai..! Jangan buang masa ABANG Dee.
UMUR pun dah setengah abad. Pergi duduk masjid je kalau masa banyak sangat. Kalau setakat Ada kedai 3 buah Tu, orang tak pandang pun.
Kawan mereka Ada 100 cawangan kedai makan, tak sibuk bagi tips pun.
Kalau Ada yg nak buka kedai nasi ayam, biar mereka buka sendiri. Tak payah Jual JENAMA. ABANG Dee ingat, DEE NASI AYAM Tu hebat sangat ke? Lainlah The Chicken Rice Shop Tu. Mereka sale ratus juta setahun. BRAND ABANG Dee ni KECIK. Celah Kukus mereka je.
Jangan SEMBANG banyak sangat ABANG Dee...! INGAT TU...!
NOTA KAKI
Malam tadi mimpi, Ada orang MARAH.🫣🫣🫣🫣😔😔😔😔