09/08/2026
Bukan selamat tinggal… cuma berehat seketika. ❤️
Warong Kampong Padang akan bercuti dari Ogos hingga Oktober 2026 bagi memberi ruang untuk kami melakukan kerja-kerja renovasi dan penambahbaikan.
Terima kasih buat semua pelanggan yang selama ini sudi singgah, bersarapan, makan malam, bersembang dan menjadikan Warong Kampong Padang sebahagian daripada cerita anda. 🥹❤️
Setiap kunjungan, setiap senyuman dan setiap sokongan anda sangat bermakna buat kami.
Insya-Allah, kami akan kembali pada November 2026 dengan suasana yang lebih selesa, lebih baik dan lebih sempurna.
Doakan urusan renovasi kami dipermudahkan. 🤲🏻
Jumpa lagi di bulan November 2026!
Warong Kampong Padang — tempat rasa, tempat kenangan. 🏡❤️