Telisai Tercinta

Telisai Tercinta Kampungku tercinta ini akan bertahta di hati selamanya. Kampungku nan sejahtera dan berdaya saing ini menjadi persada membawa kami menerajui transformasi.

Majlis Meraikan Petugas Barisan Hadapan (Frontliners) Kg Telisai Tungku Lahad Datu Sabah ❤️
06/10/2021

Majlis Meraikan Petugas Barisan Hadapan (Frontliners) Kg Telisai Tungku Lahad Datu Sabah ❤️

Mari sama-sama kita berdoa agar kampung tercinta kita sentiasa di dalam rahmat dan keberkatan Allah swt.... Dan kita sem...
04/09/2021

Mari sama-sama kita berdoa agar kampung tercinta kita sentiasa di dalam rahmat dan keberkatan Allah swt.... Dan kita semua selamat terlindung dari sebarang wabak....*

*Program Mobilisasi Vaksin Komuniti* akan berlansung esok di Kg Telisai anjuran bersama Kerajaan Negeri dengan Kementeri...
09/07/2021

*Program Mobilisasi Vaksin Komuniti* akan berlansung esok di Kg Telisai anjuran bersama Kerajaan Negeri dengan Kementerian Perpaduan Negara serta tuan rumah JPKK Telisai dan Koperasi Telisai Berhad. Ianya juga adalah bersempena dgn Program Vaksinasi Outreach CITF Daerah Tungku untuk Dos 2. Semoga program berjalan lancar dan menepati SOP serta objektif yang telah ditetapkan.

22/06/2021

Alhamdulillah, Program Vaksinasi Covid-19 Outreach Daerah Tungku berjalan lancar dan menepati piawaian prosedur seperti yang digariskan oleh KKM dan MKN.
Sebagai Tuan Rumah pengelola dan penyelaras jemputan kepada semua peserta yang seramai 300 orang, Pengurusan Kg Telisai banyak mendapat ilham, inspirasi dan pengalaman berguna. Ianya tidak semudah yang dijangka kerana banyak aspek prosedur dan rigid yang amat ketat perlu dipatuhi aplikasinya.

Sasaran pada awalnya adalah hanya 100 orang sahaja yang akan menerima vaksin dos pertama. Namun usaha JPKK Kg Telisai dan pasukannya melaksanakan 'strategic plan' yang dirancang dalam 'hanya 4 hari lebih awal dari tarikh program' berjaya mendaftar 300 orang peserta/dengan bakinya diberikan kpd KKM Daerah Tungku untuk penyenaraian secara manual di Klinik Daerah Tungku.

Selain itu, ahli Persatuan Belia Telisai yang seramai 15 orang telah terpilih oleh pihak KKM Daerah sebagai Sukarelawan Terlatih Tungku yang akan membantu Klinik Kesihatan Tungku dalam Program Imunisasi Negara/Vaksinasi Covid-19.

Terima kasih kpd semua agensi kerajaan yang terbabit: KKM Daerah, Pejabat Daerah Kecil Tungku (UPPM & JHEANS), MKN, Jab. Penerangan Malaysia, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, APAM, ESSCOM, PDRM, RELA dan KEMAS. Juga penghargaan diberi kepada penaja utama program: Koperasi Telisai Berhad, Syarikat JituPadu dan Makita Enterprise. Juga kepada rakan media RTM Sabah dan AstroAwani.
Semoga kolaborasi bersepadu bijak begini dapat diteruskan dan Kg Telisai berterusan menjadi kampung yang sentiasa "menyumbang sesuatu" di saat kerajaan amat memerlukan sokongan dari semua pihak khasnya dalam memerangi Covid-19 sekarang ini.


16/06/2021

PENDAFTARAN VAKSIN DI TUTUP..TERIMA KASIH YANG BGI KERJASAMA...

16/06/2021

Kepada sesiapa yg akan menerima vaksin pada 19/06/2021 nanti pastikan mengemaskini Aplikasi MySejahtera untuk memudahkan proses pendaftaran dan pemvaksinan...

Alhamdulillah, memikirkan kepentingan kesihatan dan keselamatan warga kampung terlindung dari ancaman Covid-19, JPKKK Te...
16/06/2021

Alhamdulillah, memikirkan kepentingan kesihatan dan keselamatan warga kampung terlindung dari ancaman Covid-19, JPKKK Telisai dan Koperasi Telisai Berhad telah berusaha dan berjaya membawa penganjuran program ini ke Kg Telisai.

Kita hargai kepercayaan pihak Kerajaan kepada kita untuk buat julung kalinya memilih Kg Telisai sebagai tuan rumah yang menyelia dan menyedia kemudahan serta khidmat sokongan bagi memastikan program Vaksinasi Negara ini berjalan lancar dan mencapai objektifnya.

Terima kasih kpd Pejabat Daerah Kecil Tungku, Jabatan Penerangan Lahad Datu, KKM Daerah Tungku/Lahad Datu, Jab. Perpaduan dan Integrasi Nasional/KRT dan UPPM/JHEANS Tungku.

Semoga kolaborasi strategik ini mencapai objektifnya dan melindungi warga Tungku dari ancaman Covid-19.
,KamiSelamat

15/06/2021
Mari bersama kami merealisasi dan menjayakan program kesedaran ini.... Semoga kita semua selamat, sihat dan terlindung d...
02/06/2021

Mari bersama kami merealisasi dan menjayakan program kesedaran ini.... Semoga kita semua selamat, sihat dan terlindung dari Covid-19.

*Sentiasalah Patuhi SOP demi memastikan kesihatan dan kehidupan yg sejahtera di Kg Telisai Tercinta ini.**Apresiasi/Peng...
19/05/2021

*Sentiasalah Patuhi SOP demi memastikan kesihatan dan kehidupan yg sejahtera di Kg Telisai Tercinta ini.*
*Apresiasi/Penghargaan kita kpd Koperasi Telisai Berhad atas sokongan kpd program Komuniti Zon Hijau Kg Telisai 2021*

12/05/2021

Address

Kg Telisai 61134 , 91120 Lahad Datu SABAH
Lahad Datu

Telephone

0198636369

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Telisai Tercinta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Telisai Tercinta:

Share