Nur Bistro - Nasi Kandar Original

Nur Bistro - Nasi Kandar Original CENTRIO, SEREMBAN 2 |
TIARA SENDAYAN

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BERSAMA WARGA SURAU AL JANNAH TAMAN GADONG JAYATarikh: 14 Mac 2026 | 25 Ramadhan 1447HTempa...
31/03/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BERSAMA WARGA SURAU AL JANNAH TAMAN GADONG JAYA

Tarikh: 14 Mac 2026 | 25 Ramadhan 1447H
Tempat: Surau Al-Jannah Taman Gadong Jaya, Sendayan

Alhamdulillah, Datoโ€™ Dr. Haji Wazer Group of Companies berpeluang menyantuni komuniti Taman Gdong Jaya melalui Majlis Sumbangan bersama warga Surau Al Jannah.

Dalam inisiatif ini, kami telah menyampaikan sumbangan duit raya serta barangan keperluan asas kepada kira-kira 27 buah keluarga, sebagai usaha meringankan beban dan berkongsi rezeki di bulan yang penuh keberkatan.

Majlis ini turut memperlihatkan semangat kebersamaan yang erat bersama warga surau, mencerminkan nilai ukhuwah, keprihatinan dan sokongan komuniti yang terus diperkukuh.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha murni ini. Semoga setiap kebaikan yang dilakukan menjadi asbab keberkatan buat kita semua.

Memberi dengan ikhlas, menyentuh kehidupan, memperkukuh ukhuwah.




MAJLIS IFTAR 2026 | 1447H AMANAH BERSATU & PERSATUAN BENTAN MALAYSIATarikh: 13 Mac 2026 | 24 Ramadhan 1447HTempat: Glass...
26/03/2026

MAJLIS IFTAR 2026 | 1447H AMANAH BERSATU & PERSATUAN BENTAN MALAYSIA

Tarikh: 13 Mac 2026 | 24 Ramadhan 1447H
Tempat: Glass Catsle Hall, D'cattleya Senawang

Datoโ€™ Dr. Haji Wazer Group of Companies terus melangkah proaktif dalam memperkukuh peranan sosial melalui kerjasama strategik bersama Amanah Negeri Sembilan & Persatuan Bentan Malaysia bagi menjayakan Majlis Iftar 2026.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, kami berbesar hati menyampaikan sumbangan duit raya kepada para penerima, selari dengan komitmen berterusan kami dalam mencipta impak bermakna kepada komuniti.

Majlis ini turut diserikan dengan ucapan penuh inspirasi yang menyentuh tentang keprihatinan terhadap krisis kemanusiaan di Palestin, mengingatkan bahawa sebagai umat Islam, kita tidak boleh melupakan saudara-saudara kita yang sedang diuji. Semangat solidariti, doa dan sokongan berterusan perlu sentiasa dipupuk dalam jiwa masyarakat.

Kolaborasi ini mencerminkan visi kami untuk bukan sahaja berkembang dalam dunia perniagaan, malah menjadi organisasi yang mempunyai pengaruh positif, nilai kepimpinan dan keprihatinan tinggi terhadap masyarakat.

Kami percaya, kejayaan sebenar adalah apabila pertumbuhan syarikat berjalan seiring dengan sumbangan kepada kesejahteraan ummah.

Terima kasih kepada pihak penganjur atas kepercayaan dan peluang kolaborasi yang diberikan.

Membina nilai. Mengukuhkan jenama. Menyentuh kehidupan.

MAJLIS PENYAMPAIAN INFAQ IHYA' MASJID HUSSIEN SEREMBAN 2 RAMADHAN 1447H/2026MTarikh: 12 Mac 2026 | 23 Ramadhan 1447HTemp...
16/03/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN INFAQ IHYA' MASJID HUSSIEN SEREMBAN 2 RAMADHAN 1447H/2026M

Tarikh: 12 Mac 2026 | 23 Ramadhan 1447H
Tempat: Masjid Hussain Seremban 2

Kerjasama bersama Lembaga Kebalikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Cawangan Seremban 2 Komuniti Muslimah Masjid Hussain dan Dato' Dr. Haji Wazer Group of Companies (Nur Bistro & Shanaaz Bistro)

Majlis ini turut mendapat sokongan ikhlas daripada ibu bapa anak-anak Tadika Dzul Iman Cawangan Seremban 2, yang sama-sama memberi sumbangan bagi memudahkan golongan yang memerlukan.

Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat membantu serta memberikan kegembiraan kepada keluarga penerima dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita umat islam.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat serta hadir dalam menjayakan program kebajikan ini demi kesejahteraan masyarakat.

11/03/2026

Alhamdulillah, berbesar hati dapat menyantuni kunjungan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan bersama pasukan yang memilih untuk berbuka puasa di salah satu cawangan kami di Port Dickson, Nasi Kandar Al Wazer Maju.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. Kehadiran YB dan pasukan benar-benar menceriakan suasana berbuka di restoran kami.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H / 2026M buat semua umat Islam. Semoga Ramadan kali ini membawa lebih ketenangan, keberkatan dan menjadi ruang untuk kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik

10/03/2026

NASI KANDAR KUAH BANJIR PADU - khas dari NUR BISTRO

05/03/2026

Ramadan Vibe ๐ŸŒŸ

09/01/2026

Nur Bistro @ Biforst Group Sendayan for Corporate Event. Thank you for having us! ๐ŸŒŸโœจ๐Ÿ”ฅ

17/10/2025

Calling for all Cheese Lovers โ€” rugi tak rasa!

Address

NO 1, Jalan TIARA SENDAYAN BIZ 1, PUSAT KOMERSIAL TIARA SENDAYAN
Labu
71900

Telephone

+6064461111

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nur Bistro - Nasi Kandar Original posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nur Bistro - Nasi Kandar Original:

Share

Category