05/10/2025
🌶️ “Scammer makin halus cara, hati-hati ya kitak semua!”
Semalam kamek sendiri kenak scam.
Cerita ya cam tok…
Jumaat petang, ada sorang perempuan call — namanya “Adelia”, bunyi suara macam orang Sabah atau Indonesia. Katanya nak order food packed untuk 30 orang, dua hari punya order.
Ok lah, kamek pun fikir rezeki. Nya pun bagi alamat konon-konon kem tentera di Kota Samarahan untuk quotation.
Besoknya, Sabtu, cerita lain dah mula. Nya madah nak tolong order frozen food dari supplier Pulau Pinang — alasan, staff sidak ada masalah dengan supplier, jadi nya minta kamek order bagi pihaknya.
Item bukan s*k banyak:
👉 10 kotak daging rendang
👉 10 kotak ayam merah
Total amount : RM4,750
Tapi bila kamek minta full payment dolok, nya masih cuba paksa-paksa kamek buat kinek-kinek. Katanya duit akan masuk dalam 12 jam, tapi masih nak suruh kamek bayar setengah dolok untuk supplier.
Nasib baik kamek s*k layan.
Jam 2 petang, s*kda pun muncul ambik food packed ya. Boleh juak nya cakap dengan staff kamek, melalui watsp
“Boss awak tidak bagi kerjasama dengan kami.”
Dari sialah kamek sedar — rupanya scammer! 😤
Kamek rugi s*kit sebab tapau makanan udah siap. Tapi paling penting, kamek belajar satu benda — jangan senang percaya walaupun nampak macam “order rasmi”.
Dan yang paling mengejutkan, jiran cafe sebelah & branch Padungan pun dah kenak dengan taktik sama! 😠
🚨 Pesan kamek:
Kalau ada orang call order besar-besaran, pastikan payment clear dulu, especially kalau ada helah suruh kitak bayar pihak ketiga. Jangan takut to say NO.
Scammer makin kreatif, tapi kita pun mesti makin cerdik. 💪