26/02/2026
Tahun ke-6 bersama Kuih Bongkol & Ramadhan 🤍
Setiap kali tibanya Ramadhan, kami akan berhenti seketika perniagaan harian Pocket Bite demi memberi laluan kepada kuih tradisional kesayangan ramai dari Sarawak — Kuih Bongkol gula apong.
Dulu, 1 biji hanya RM1.
Tahun ini, atas kenaikan harga bahan mentah dan daun pisang, kami terpaksa ubah harga kepada 3 biji RM4.
Alhamdulillah, walaupun harga berubah, sokongan semua tetap sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Itulah yang paling menyentuh hati kami.
Terima kasih kerana terus menyokong kami — kini dengan nama baru Bongkol Mensia (dahulunya Raja Bongkol Kuching).
📍 Tahun ini kami hanya di:
Bazaar Pasar Malam Belia N6 Metrocity
🕒 Setiap hari bermula 3.30 petang
Kami turut menghantat sebagai vendor ke:
Bazaar Stutong – Gerai Kuih Muih Misla
(Harga di sana: 3 biji RM5)
Doakan kami terus istiqamah menjaga rasa dan tradisi.
Jom support kami di dua lokasi ini 🤎
*kdatandingan