Mi Bandung Terbang

Mi Bandung Terbang Menyediakan hidangan istimewa yang terkenal di Bandar Diraja Muar dengan menggunakan resipi asli turun temurun.

Hai kesayangan busyuk2 masyam2 semua....Hari ni kami scroll semula post2 Kak Mee sambil tunggu Bik Rome bershopping kat ...
03/08/2024

Hai kesayangan busyuk2 masyam2 semua....

Hari ni kami scroll semula post2 Kak Mee sambil tunggu Bik Rome bershopping kat ecoshop..

Tak semena2 hiba betul hati Kak Mee..
KETUMBAR dalam cerita Kak Mee ni telah pun p**ang ke RAHMATULLAH pada Bulan Disember 2023 yang lalu.. semoga Allah swt mengampuni dosanya2 dan meletakkan Allahyarhamah di kalangan orang2 yang beriman, dikurniakan syurga dan keluarganya diberi keredhaan dan ketenangan hati dalam menghadapi kehilangan yang amat besar ini.

Amin ya Allah...

29/02/2024

Hello kesayangan busyuk busyuk masham masham semuaaaa

Sebenarnya, hari ni hari sedih Kak Mee… . Mananya tak sedih, sesuatu yang Kak Mee harap2kan, yang pada Kak Mee sudah mmg akan menjadi rezeki Kak Mee … tetapi sebab kecuaian Kak Mee maka……….. tskk tskkk tskk…😭😭😭
Ibaratnya seperti, nasi sudah di tangan, mulut sudah menganga, tiba-tiba tangan terlepas genggam, maka berderailah nasi di lantai. Haaa begitu.. sedih kan.. Tak tau lah mcm mana nak cakap sayunya tu… walaupun muka Kak Mee happy bila memandang Si Kentang, Keledek dan Kantan (a.k.a anak2 Kak Mee), tapi hatikew menangis tiada siapa yang tahuuuuuu…
And, mcm biasa..bila bersedih berduka lara begini, Kak Mee akan mengadu pada sape lagi kalau bukan pada Abg Begedel. And, sebab apa yang Kak Mee sedihkan ni ada ciri2 keduniaan, maka macam biasa jugalah Abg Del akan bacakan ayat favorite dia pada Kak Mee… pantang ada peluang memang dia ambik feel ala-ala Imam Surau Naib Kadir bagi ceramah…
وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ وَلَئِن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٞ ( Surah Ibrahim, Ayat 7)
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"

Terusss zaaasss… Kak Mee tersedar… cuba untuk bangkit dari kesedihan semula.. tapi bila hati tak betul2 lega, maka Kak Mee call talian hayat yang kedua, siapa lagi kalau bukan, Cekton.

Bila Cekton dengar keluhan Kak Mee, maka Cekton mulakan tembakan sedas dua ;

‘Ko ni Meebandung, rezeki tu kan semua di tangan Allah swt. Kalau bukan tertulis untuk kita, cekodok dah dekat halkum pun boleh tersembur keluar juga’. Cekton sambung lagi..
‘Ni baru diduga sikit, ingatlah orang2 di Palestin, di Yaman, hatta di kampung kita ni pun, ramai yang ada dugaan hidup lebih besar lagi’.

‘Sudah! Jangan nak sedih2! Bangkit balik, kuatkan semangat!!! Ok, mak nak pegi surau, geng mak dah tunggu!’

Tuuuuttt…tuuuttt…tttutt

‘Eh makk..makkk… nanti ..nanti.. Mee tak habis mengadu lagi ni… makkk makkk…makkkk ‘… jerit Kak Mee di corong telefon bersendirian.
Begitu saja ye Cekton bagi kesimp**an pada kesedihan Kak Mee… Tak de bye, tak de wasalam, tak de penutup. Ibarat Jeneral menjatuhkan hukuman pada anak buah.

Kak Mee yang tadinya bercadang untuk cheat day hari ni sebab sedih, terus tak jadik sedih setelah ceramah Imam Del dan sedas tembakan dari Jeneral Eton. Kak Mee cuma sempat makan tauhu goyang , goreng pisang Bik Rome goreng, dengan cendol pulut Kg Jijan. Penutupnya, Kak Mee makan Soto Kak Mee sendiri. Buuurrrppp sedap.. cukup rasa cukup sedap semuanya…alhamdulillahhh..

Inilah bebelan ringkas Kak Mee. Saja Kak Mee post di sini, sebagai ingatan untuk diri Kak Mee apa yang berlaku pada Tarikh 26 Feb 2024 ini. Kejadian sebenar biarlah Kak Mee simpan kemas di dalam hati.

Untuk kesayangan2 semua, ramadhan dah nak dekat ni. Pegilah singgah dulu dekat Mi Bandung Terbang, Gerai No 6, Hentian Nilai Arah Utara, Lebuhraya PLUS. So nanti waktu puasa tak teringat2 hehhehehehe..

Tadi ada serombongan dari Alor Gajah, Melaka singgah nak makan mi bandung, tapi kuah dah habis (mintak mahap bnyk2 ye, datang lagi next time tau!) Ramai p**a yang serbu hari ni cari mee bandung terbang…. Tokojut!!

See you, tata t**i tutu

Mee Bandung Terbang
Dari Lidah Terbang ke Hati

With love,
Kak Mee

Assalam semua kesayangan buyuk masham wangi Kak Meee!!!Sempena hari baik bulan baik ni Kak Mee memohon ampun dan maaf ye...
12/05/2023

Assalam semua kesayangan buyuk masham wangi Kak Meee!!!

Sempena hari baik bulan baik ni Kak Mee memohon ampun dan maaf ye kepada semua pelanggan Kak Mee andai ada salah silap terkasar bahasa terusik hati terkurang garam terlebih pedas terkurang gula dan sebagainya dalam hidangan dan layanan Kak Mee and team Mi Bandung Terbang ...mahap banyak2 le ye..

Kak Mee nak bagitau... Restoran MBT di Bandar Enstek telah ditutup... tapi jangannn takut jangan khuatirrrrrrr... dengan izin Alllah swt insyaAllah cawangan lain akan menyusul.

Untuk masa ni, buat semua pelanggan2 tersayang ..kalau rindduuu nak rasa Mi Bandung Terbang Terpaling Asli di bumi Malaysia ni, boleh singgah ke No 6, LAYBY NILAI ARAH UTARA, LEBUHRAYA PLUS.. Ingat tau.. ARAH UTAGHAAAA... Dah ramai sngt dah yang contact Kak Mee kata tak jumpa Gerai Mi Bandung Terbang kat situ... WHATTTT??? ADAKAH TERHIJABBB GERAI KESAYANGAN RAMAI ITUUU??? AMBOI ADA YANG MAIN KASSSARRR NAMPAKKK??? Tapi rupa-rupanya salah kawasan rehat daaa...

Sudah ku bilang kan ARAH UTARA.. NO 6 LAYBY NILAI ARAH UTARA... Jangan silap okay ...😘😘😘😘😘😘😘😘😘

See youuu..

Tatat**itutuuuuuu

Much love
Kak Mee & Abg Del

Lagi gambar Mi Bandung Terbang https://fb.watch/ktC6LvzaJe/?mibextid=Nif5oz

05/02/2023

Tu diaaaa....... memang kalau makan ni sampai esok pagi still kenyang... BURRRRPPPP! Alhamdulillllahh...

Nasi Goreng Berapi Ciken Copot Saiz Gergasi Guys!
Pasti tak kiciwa . Yang terbaik di Nilai. Chewwwwaahhh...

Much love
Kak Mee
RESTORAN MI BANDUNG TERBANG UDANG GALAH
BANDAR ENSTEK
Waze aje Mi Bandung Terbang .. KNOW KNOW SAMPAI.....

24/12/2022

Jom petang2 ni layan Mi Bandung Terbang Udang Galah di RESTORAN MI BANDUNG TERBANG UDANG GALAH DI BANDAR ENSTEK, NILAI.

MI Bandung paling suuurrrr kat Central Region .. bukan Kak Mee cakap ye, customer yang kabo mcm tu... 🤭🤭🤭

Kami buka hari2 dari jam 11am hingga 10pm.
Ye betul tu... kami telah beroperasi lebih 30 tahun dan kami berasal dari MUO.... so of coz la kan resepi Muo.. kedai makan yg pertama pun di Muo...gituuu...

Boleh waze 'Mi Bandung Terbang'... zasss terus sampai...

Hai Pelanggan BudimanHari ni Cekton Shayang akan pergi menunaikan  ibadat umrah..Doakan Cekton diberi kemakbruran ya dan...
20/11/2022

Hai Pelanggan Budiman

Hari ni Cekton Shayang akan pergi menunaikan ibadat umrah..
Doakan Cekton diberi kemakbruran ya dan selamat
kembali ke tanahair.

Cekton jgn lupakan doakan Mi Bandung Terbang dan pelanggan2 budiman sekalian ya Cekton.
We lapiu so much!

With love
Kak Mee and Bang Del

MISTERI NENEK NEMONINGHa.. tau..tau.. cite tak de kena mengena langsungkan dgn  Mi Bandung Terbang.. kalau marketing gur...
17/11/2022

MISTERI NENEK NEMONING

Ha.. tau..tau.. cite tak de kena mengena langsungkan dgn Mi Bandung Terbang.. kalau marketing guru Kak Mee habis dah dibebelnye Kak Mee.. get back on track!!! Get back on track!!! Aduh terngiang2 suara garau nye tu kat telinga ni ha..

Tapi pedehal kan.. dah page kita s**a kittew lew...🤭🤭🤭🤭🤭 sekali sekali ape salahnye kan...

Gini ceritanya,,

Kejadian BENAR ni berlaku sekitar 15 tahun dulu..

Waktu tu anak sepupu Kak Mee umur 3 tahun.
Tembam bulat comel budaknya. Rambut keriting macam hutan. Rumah dia sebelah rumah Kak Mee je.

Dah 2 hari Kak Mee dengar dia menangis menjerit2 'Nenek Nemoning!!! Nak Nenek Nemoning!! Nak Nenek Nemoning!!!! Dari suara high pitched Ziana Zain sampai suara dia jadik suara serak2 basah Ella.. sampai lembik badannya tapi mulut tak henti2 meratib Nenek Nemoning.

Kebetulan kwn2 mak Kak Mee (a.k.a Cekton) pun tengah membawang kt dapur rumah.. diaorg pun boleh dengr lolongan anak sepupu Kak Mee tu..

Kata kawan2 Cekton... anak sepupu Kak Mee tu dah kesampuk Nenek Nemoning.. ape tak nya.. tgh2 hari rembang pegi main cutat kat luar rumah..haa terimalah padahnya!!!

Kwn2 Cekton kata mungkin tu lah nenek yg jaga rumah Siwo 'Tuuuuttt' yg dah lama ditinggalkan dan mmg banyak cerita mistik psl rumah tu.. terus meremang bulu roma tau..

Masing2 mula berkira2 nak panggil Imam n orang alim utk mintakkan air penawar.. nama Tok Moh2 handalan mula meniti di bibir masing2.. bukan senang tau nak settle kes2 kesampuk nih.. lainlah kalau kes kluster mahkamah, jadik kerajaan je settle la tu. Eh! Terbabas p**ak Kak Mee.. sorry..soryy.. kita back to main road ye ..ada kt kampung Kak Mee dia kesampuk hantu sungai sampai kurus kedengking badannya..

Takkan nak tunggu anak sepupu Kak Mee tu sampai lembik baru nak carik penawar kan?

So Cekton and the gang pegi la kt rumah sepupu Kak Mee..tak jauh sebelah je pun..
Cekton pun tanya pada si Ketumbar, mak budak ni.. apsal dibio je budak kecik menangis menjerit2? Dah 2 hari Nak Nenek Nemoning! NAK Nenek Nemoning!!! Dah carik penawar keee???

Si Ketumbar ni jawab..

Cekton, dia bukan nak NENEK NEMONING, dia NAK TEKNIK REBONDINGGGGG!!!!

OooooOo.. maka sambil meloponglah Cekton and the gang patah balik ke rumah..

Gituuu.....

Selamt mengundi guys!! Jangan salah pangkah tau!!

Eh cop.. Kak Mee pun tak tahu mana salah dan mana yang benerrrrr..... ekekke

Much love,

Kak Mee
RESTORAN MI BANDUNG TERBANG UDANG GALAH. 5🌟🌟🌟🌟🌟 review di Google , Foodpanda and GRAB!

BANDAR ENSTEK. WAZE MI BANDUNG TERBANG.

BUKAK HARI2. DARI JAM 11.45AM HINGGA 10PM.

See u tata t**i tutu.....😘😘😘

More posts:
https://fb.watch/hnZMoQimno/

https://m.facebook.com/profile.php?id=100064254633024

Oh.. Rocking Tofu katanya...Bunyi dah sedap.. Mcm tu we go fly fly international ye!Tq Ct Alira, please come again ..  t...
11/11/2022

Oh.. Rocking Tofu katanya...
Bunyi dah sedap..
Mcm tu we go fly fly international ye!

Tq Ct Alira, please come again .. tofu rocks!

Much ❣
Kak Mee and Bang Del

05/11/2022

Assalamualaikumm..

Hai semua busyuk busyuk masham masham wangi wangi kesayangan Kak Mee!!

Hari ni dag dig dug dag dig dug hati Kak Mee tau!
Maunya tak.. Cekton a.k.a big boss Kak Mee buat lawatan tapak. Serius seriau hati Kak Mee guys!.

Kak Mee ingt lagi.. waktu Kak Mee kecik2..kagum betul Kak Mee dgn Cekton. Maunye tidak..
Cekton kan, selalunya bila adik ipar dia bawa Cekton pegi makan kat hotel yang best2.. nnti bila Cekton balik rumah dia akan godeh2 masakan and cuba buat balik mcm apa yg dimakan kat hotel tu.

Kami anak2 selalunya akan duduk kat dapur tgk Cekton buat eksperimen dia tu and bila dah siappppp tak sabar kami nak try.. ye lah kami waktu tu anak2 kecik lagi kan..pantang nampak makanan pelik2 teruslah serbu and.. seryes guys..tak pernah tak sedap Cekton masak.

Bila Kak Mee meningkat remaja (eh cop..skrg Kak Mee remaja juga tapi remaja purba ekekekek)..bertambah2 kagum Kak Mee dgn kehebatan Cekton. Maunya tidak.. Cekton kan guys, dia x payah rasa2, dia ambik bau je ..then dia tarik nafas dlm2 lepas tu dia boleh sebut satu2 rempah ratus dan bahan2 masakan tu guys!!!! Dgn BAU SAHAJA dia boleh tau guys garam gula ke hape ke cukup ke tak cukup.. lari ke tak lari rasa masakan tu....

Kagum ke kagum guyss??? Chef Wan pun boleh menangis guys , I tell you!

Dulu kan... ada majlis kat surau area rumah Kak Mee and Kak Mee dgr sorg uncle tu sembang2 dgn geng2 surau.. dia kata..

'Kalau sebut Cekton yang masak...mmg ramai le yg dtg kenduri kat surau ni!'

Omaigod.. gitu skali guys!!! Kembang kempis hidung Kak Mee waktu tu yg tgh sibuk main zerofine kat tepi koridor surau... x semena2 bertambah2 kekaguman Kak Mee pd Cekton.. tak semena2 bertambah2 tinggi lompatan zerofine Kak Mee guys!

Eh panjang p**ak Kak Mee membebs hari ni..

Sebenarnya cuma nak bagitahu, Cekton bagi JEMPOL a.k.a thumbs up guys utk MI BANDUNG TERBANG EKSPRESS, RNR PLUS NILAI ARAH UTARA... GERAI NO 6 ye...

Tatat**itutu see u there!

Much love, Kak Mee...

03/11/2022

What??? APA??? Siryes aaaa...??.

Ye ye betul... selain TERRRRBAAANGG ke hatimu ♥️♥️♥️, kini kami Team Mi Bandung Terbang turut 'terbang' melebarkan sayap dan membuka cawangan di Gerai No 6, Hentian Rehat dan Rawat PLUS Nilai, ARAH UTARA.

Jangan salah ye.. HENTIAN R&R PLUS NILAI ARAH UTARA.. sebab ramai betul yang call Kak Mee kata tak jumpa pun Mi Bandung Terbang! Rupanya tersalah arah.. kami di Hentian PLUS RnR Nilai Arah UTARA. Haaa tu diaaa....sampai 3 kali Kak Mee ulang hihihi 🤭🤭🤭..

Menu enak yang kami sajikan;

Mi Bandung Terbang (of course la kan..)
Mi Kari Cekton
Mi Rebus
Soto, Mi, Mihun Soto

Nanti kalau sampai sana jangan lupa say hi hi pada Abang Nikko and Abang Taj ok! Diaorg tu kalau ada org say hi hi ..haaa mulalahhh..bertambah2 aksesori dlm mi tu nanti 😅..

Tatat**itutu. See you in Bandar Enstek n RnR PLUS Nilai Arah Utara..😘

Much love,

Kak Mee and Abg Del

Address

51, Jalan TIMUR ENSTEK 6/1B, BANDAR ENSTEK, KOTA SERIEMAS
Kuala
71

Opening Hours

Monday 11:45 - 21:30
Tuesday 11:45 - 21:35
Wednesday 11:45 - 21:30
Thursday 11:45 - 21:30
Friday 11:44 - 21:45
Saturday 11:45 - 21:30
Sunday 11:45 - 21:30

Telephone

+60196569997

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mi Bandung Terbang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mi Bandung Terbang:

Share

Category