14/01/2014
Mengkudu
Mengkudu berasal dari hutan. Ia boleh ditemui tumbuh dengan suburnya di negara-negara yang berdekatan dengan garisan Khatulistiwa seperti India, Malaysia, Indonesia, Filipina, Indo-China dan Hawai. Di Malaysia pokok mengkudu mempunyai dua spesis. Mengkudu liar atau mengkudu hutan (Morinda tinctoria) adalah mengkudu asal yang kini tumbuh meliar di belukar dan di kawasan tanah lapang seperti di tepi laut. Pokoknya berbentuk rendang dan berbuah kecil sebesar ibu jari. Buahnya berbintik-bintik seperti bisul kecil dan menirus. Ia berasa pahit.
Satu lagi spesis mengkudu yang sering terdapat di kawasan berhampiran pantai dan belukar ialah mengkudu India atau mengkudu busuk (Morinda citrifolia). Spesis ini dikatakan berasal dari India tetapi telah membiak dengan suburnya di negara kita sejak hampir 100 tahun dahulu. Mengkudu India berbeza dari segi saiz daun dan buah, iaitu lebih besar berbanding mengkudu hutan. Buah mengkudu India berwarna hijau sewaktu muda dan berubah warna kuning susu kepada kuning setelah mencapai peringkat cukup masak. Saiz buahnya boleh membesar sehingga 12 sentimeter.
Mengkudu di tanam di kawasan kampung kerana buahnya yang mengandungi khasiat perubatan. Orang tua-tua dahulu percaya bahawa mengkudu dapat merendahkan tekanan darah tinggi, mengurangkan angin dalam badan, menambah selera makan, awet muda dan sebagai syampu yang amat baik untuk rambut. Mereka telah mengamalkan pengambilannya secara tradisional. Amalan yang mereka gunakan ialah memakan pucuk mengkudu yang direbus sebagai ulam, memakan buah mengkudu masak dengan garam dan meminum jus mengkudu dengan madu lebah.
Khasiat Mengkudu:
Ahli biokimia dari Universiti Hawai iaitu Dr. Ralph M. Heinicke telah membuat kajian secara saintifik dan telah membongkar rahsia khasiat buah mengkudu yang mengandungi bahan xeronine. Xeronine merupakan bahan penting dalam penggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan melalui tindak balas kimia antara proxeronine dan proxeronase. Xeronine membantu membesarkan liang-liang pada usus kecil yang membolehkan kadar serapan bahan nutrien daripada makanan dipertingkatkan. Selain xeronine, mengkudu juga amat kaya dengan bahan antioksidan. Kepekatan bahan antioksidan dalam mengkudu adalah lebih tinggi berbanding dengan tumbuhan lain. Dengan adanya bahan antioksidan dalam badan, ia akan melambatkan proses penuaan.
Khasiat mengkudu terdapat di seluruh bahagian pokoknya. Ia meliputi pucuk, bunga, kulit kayu, akar, daun dan buah. Pucuknya direbus sebagai ulam, bunga untuk merawat penyakit mata dan kulit kayu untuk pewarna kain, disentri dan malaria. Akarnya untuk mengelakkan kesakitan akibat luka, meningkatkan sel darah putih, merangsang sistem endrokkrin, mengandungi bahan antikongesi untuk mengelakkan penyekit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan bahagian otak. Daunnya boleh dijadikan sayur kerabu, pewarna nasi kerabu, dimasak sebagai sayur, untuk membungkus tungku bagi menaikkan kembali rahim ibu yang baru lepas bersalin ke tempat asalnya, melancarkan perjalanan haid, bertindak sebagai antibakteria khususnya kepada bakteria jenis Salmonella dan Shigela. Buah mengkudu yang dikisar boleh diminum sebagai jus yang merangsang pertumbuhan dan membaiki tisu, diabetes, hypertension dan reumatism. Buahnya juga boleh dimakan mentah di mana sangat berkhasiat kepada ibu dalam pantang untuk memulihkan tenaga dan memerahkan p**i. Jika disapu pada betis, kesan bersisik dan merekah p**a tumit kaki akan hilang.
Jus mengkudu
Jus mengkudu diperolehi daripada buah mengkudu yang masak. Buah mengkudu dihancurkan untuk mendapatkan jus yang tulen. Mengikut kajian perubatan yang dijalankan oleh beberapa makmal penyelidikan dalam dan luar negara, mendapati jus mengkudu memberi kesan positif kepada penyakit-penyakit berikut:
Sinus atau resdung, asma, bronkitis dan hingus meleleh
Perut kembung, ulser duodenal, gastrik, cirit-birit, muntah-muntah, tidak hadam dan keracunan makanan.
c)Kardiovaskular
Mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan aras kolesterol.
d)Gangguan dalam tubuh
Kencing manis, sakit kepala yang berlarutan atau migraine, sakit ginjal, buah pinggang, pundi kencing, psoriasis dan tiroid.
Radang tekak, sakit gusi, sakit tekak, sakit tekak dan batuk.
Demam, muntah-muntah dan selsema.
Sakit sendi atau arthritis, gout, terseliuh dan terkehel.
Bisul, luka dan ulser kulit
Penyakit keputihan, senggugut dan gangguan haid.
Penyakit lain:
Ketumbuhan atau tumor.
Lain-lain kesan:
Mampu membina sel-sel baru di bawah kulit kepala dan menghasilkan pertumbuhan rambut. Mengembalikan kekuatan benih lelaki dan perempuan (kesuburan). Menguatkan otot kelakian.
Kesan usia:
Digunakan sebagai tonik untuk melambatkan kesan penuaan (awet muda). Untuk mendapatkan khasiat daripada jus mengkudu, pengawal dinasihatkan agar meminumnya setiap pagi, iaitu 30 minit sebelum sarapan sebanyak 100 ml atau 3 sudu besar sahaja. Dos yang berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit.