31/08/2026
69 tahun kita MERDEKA. 🇲🇾
Kita bebas daripada penjajahan.
Kini, mungkin sudah tiba masanya kita belajar untuk benar-benar Merdeka dalam Pemikiran.
Berbeza pandangan itu biasa.
Berbeza latar belakang itu kekuatan.
Tak semestinya kita perlu bersetuju untuk kita saling menghormati.
Semoga semakin bertambah usia NEGARA KITA, semakin MATANG juga cara kita melihat dunia dengan cara tidak mudah terpengaruh, tidak mudah membenci dan tidak mudah menghukum.
Kerana negara yang maju bukan hanya dibina dengan bangunan yang tinggi, tetapi dengan pemikiran rakyatnya yang tinggi.
Kita memang berbeza, tetapi tetap berjalan ke arah yang sama.
Malaysia yang lebih matang, bersatu dan maju. 🇲🇾
Selamat Hari Kebangsaan ke-69.
Merdeka, dalam erti yang sebenar.