19/01/2021
Kimbap ni apa sebenarnya?
Okay, buat yang baru mengenali kimbap (gimbap), kimbap ini merupakan sushi roll versi korea yang menjadi makanan kegemaran masyarakat korea. Dibuat dengan menggunakan beras jepun dan beberapa bahan penting seperti timun jepun, lobak merah dan sebagainya. Setelah itu, digulung dalam rumpai laut kering dan jadilah kimbap 😍
So, lengkapkan kimbap ni. Ada nasi, ada sayur dan juga lauk. Sangat sesuai untuk dimakan pada bila-bila masa sahaja, dimana jua.
Meh Cik Sofia belanja sikit gambar kimbap kita. Nampak sedap tak? Sedap kan? Kalau nampak sedap, rasa dijamin, confirm sedap tau.
Ada kawan Cik Sofia tu ulang banyak kali kimbap kita tau. Haa laku ke tak laku?