20/03/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal kepada semua pelanggan istimewa Fiftig Seofon. Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga besar Fiftig Seofon.
Syukur Alhamdulillah, kami dapat melalui Ramadan dan menyambut Syawal ini dengan sokongan penuh daripada anda semua. Terima kasih ikhlas atas kepercayaan yang diberikan, reservation yang bertambah, dan kesetiaan anda sepanjang musim ni ,setiap pesanan & senyuman anda bermakna sangat bagi kami di Fiftig Seofon.
Maaf ya kalau reply WhatsApp agak lambat atau terlewat sebab inbox penuh dengan mesej reservation & ucapan indah dari ramai pelanggan. Maaf juga kalau ada kekurangan dalam layanan, lambat proses, atau apa-apa yang kurang memuaskan hati selama ini. Dari lubuk hati, kami memohon maaf sepenuhnya.
InsyaAllah kita bertemu semula hari Rabu nanti dengan hati yang lebih bersih & semangat yang lebih tinggi. Buat yang balik kampung atau melancong, tolong jaga diri di jalan raya, peluk erat keluarga, dan nikmati setiap detik kegembiraan.
Tabarakallah atas segala rezeki & keberkatan yang Allah berikan kepada kita semua. Semoga Hari Raya ini membawa kebahagiaan hakiki, silaturahim yang semakin erat, dan rezeki yang terus bertambah. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan Fiftig Seofon. Selamat beraya, semua! πππ Minal aidin wal faizin.
Taqabbalallahu minna wa minkum.