16/08/2020
Kami akan mematuhi segala SOP yang ditetapkan.. insha'allah
PENUGASAN PEMANTAUAN PEMATUHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) POLIS DAERAH SERDANG
IPD Serdang, 16 Ogos 2020 - Penugasan Pemantauan Pematuhan PKPP oleh anggota bertugas Balai Polis Serdang disekitar kawasan Restoran Singgah D'Klasik, Serdang bertujuan memastikan orang awam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh pihak kerajaan terutama menjaga penjarakan sosial yang betul dan selamat serta memakai face mask. Nasihat pihak kerajaan agar pemilik premis membuat saringan pemeriksaan suhu badan, menyediakan hand sanitizer dan maklumat data peribadi bagi tujuan keselamatan sebelum memasuki premis dilaksanakan. Pemantauan menunjukkan pemilik premis dan pengunjung patuh dengan arahan pihak kerajaan.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN