06/08/2023
Mendukung anak kecil di tangan kanan, sambil tangan kiri memegang rokok dan asap dihembuskan berkepul kepul.
Kalau perokok ada level kasta, yang jenis begini adalah yang paling menyedihkan kerana terlalu mementingkan diri sendiri.
Kanak kanak paru parunya kecil dan mereka mempunyai kadar pernafasan yang lebih laju. Oleh itu mereka akan menyedut asap rokok basi berkali ganda lebih banyak berbanding orang dewasa.
Kalau anak sendiri pun mereka tidak peduli kena asap rokok, apatah lagi orang lain dipersekitaran.
Sebab itu mereka ini adalah orang yang SAMA masih merokok di premis makanan. Muka buat buat tak tahu je, walaupun orang keliling sudah terteleng kepala menjeling.