26/04/2021
Share
Share
Share
BANTU MISI KAMI
https://ayamrakyatmalaysia.onpay.my
----------------------------------------------------------------------
BUDAK RM1
menjadi IKON INSPRIRASI tercetus kepada program ini dimana beliau datang kepada kami selepas berusaha di beberapa buah kedai dengan pertanyaan
Kak, boleh saya beli ayam ini RM1?
Saya dan adik -adik dah seminggu makan nasi bubur dan telur goreng hancur.
"Kami teringin sangat nak makan ayam Kak"
Tak terbayang di akal kami, di bumi Kuala Lumpur yang begitu pesat dan dilihat sebagai landmark Malaysia yang berjaya, pesat membangun namum masih ada keluarga dan anak-anak kecil yang kelaparan, kais pagi dan petang sekadar untuk mengalas perut dan mungkin selama ini tanpa pengetahuan kita mereka mengalas perut dengan bubur kosong berulamkan garam walhal kita, anak-anak kita masih boleh memilih makanan yang lazat, enak untuk dinikmati.