09/07/2021
APAKAH ITU MINYAK ZAITUN?
Minyak zaitun adalah lemak yang diperoleh hasil dari perahan buah zaitun (Olea europaea) yang mana pohon zaitun ini merupakan tanaman tradisional di rantau Mediterranean. Oleh karana khasiat minyak zaitun yang tinggi, ianya banyak digunakan dalam kosmetik, perubatan, memasak, sabun, dan juga digunakan sebagai bahan bakar untuk lampu tradisional.
Tahukah Anda?
“Keadaan tanah tempat penanaman pokok zaitun merupakan salah satu faktor menghasilkan kualiti minyak zaitun yang terbaik.”
Keadaan tanah yang gersang, cuaca panas yang melampau dan sistem pengairan yang minimum serta tiada baja atau racun serangga yang digunakan menyebabkan tahap pertahanan spesis pokok zaitun sangat tinggi untuk terus hidup dan sekaligus menghasilkan minyak zaitun yang berkualiti dan berkhasiat tinggi.
📌TERDAPAT pelbagai khasiat yang boleh dilihat dari tiga aspek iaitu khasiat untuk:
Kulit
Rambut
Kesihatan
Kebaikan Untuk Kulit
Melembapkan kulit: Minyak ini mengandungi sejumlah besar vitamin E, antioksidan yang melindungi kulit daripada pelbagai faktor luaran seperti sinaran matahari atau angin yang kuat. Tekstur minyak zaitun yang ringan menjadikannya pelembap sempurna yang tidak melekit yang tahan lama dan sesuai dengan semua jenis kulit.
Memperbaiki kesihatan kulit: Minyak zaitun mengandungi vitamin E, yang dapat meningkatkan kesihatan kulit dengan merawat keradangan, jerawat, dan melindungi kulit dari penyakit yang serius seperti psoriasis dan kanser kulit.
APA FUNGSI MINYAK ZAITUN NI KEPADA TUBUH?
Dari sudut nutrisi pemakanan, badan kita memerlukan lemak sihat setiap hari. Apa, biar betul? Kan selama ini kita diberitahu untuk kurangkan makanan berminyak. Ha, itulah Hj nak share kat sini sebenarnya dah banyak kajian yang membuktikan bahawa khasiat minyak zaitun banyak memberi kesan positif kepada kesihatan.
Harus kita fahami bahawa lemak yang dimaksudkan adalah bukan dari jenis ‘trans-fat’. Sebaliknya mestilah majoritinya dari jenis ‘unsaturated fats’ (lemak tidak tepu). Lemak tidak tepu banyak terdapat dalam tumbuh-tumbuhan seperti minyak zaitun.
Istimewanya minyak zaitun ia mengandungi antioksidan (hidroxytyrosol, dll) yang mencegah dari oksidasi yang akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit. Ianya juga mampu menghalang dari sesuatu penyakit menjadi lebih teruk. Jadi samada orang sihat ataupun orang sakit, ianya menjadi satu makanan keperluan untuk diamalkan setiap hari. Maka tidak hairanlah bahawa oleh kerana menyedari akan kandungan khasiat miyak zaitun yang begitu tinggi, ianya menjadi makanan wajib dalam diet Mediteraranean.
➡️ Kebaikan mengamalkan minyak zaitun
📌Meningkatkan kolestrol baik (HDL) dan
mengawal menurunkan kolestrol jahat (LDL)
📌Menurunkan gula dalam darah
📌Membantu menstabilkan sistem hormon
(senggugut, keputihan, period tidak teratur)
📌Melembap dan melembutkan kulit awet
muda
📌Membantu masalah kulit kering (eczema,
kegatalan, psoriasis)
📌Melancarkan tekanan darah
📌Melancarkan sistem penghadaman dan
pencernaan (sembelit)
📌Meningkatkan fungsi otak
📌Menjaga kesihatan jantung
📌Memberi tenaga dan rasa kenyang yang
panjang
📌Mengatasi gastrik
BERAPA BANYAK NAK AMBIL? DAN BILA NAK MAKAN?
Minyak zaitun adalah sejenis makanan. Ianya bukanlah ubat yang mana ambil bila perlu, tinggal bila lega. FDA juga menyarankan bahawa 2 sudu sehari boleh menjauhi diri dari penyakit. Secara umumnya untuk orang dewasa adalah 1 hingga 2 sudu semasa perut kosong pada waktu pagi dan malam. Boleh juga ambil selepas makan.
Selain dari makan terus, boleh juga dimasukkan dalam makanan apabila sudah sejuk atau dijadikan ‘salad dressing’. Ianya juga boleh dijadikan sebagai masker sebelum tidur untuk petua kulit lembut dan awet muda.
Dah tau apa kegunaan minyak zaitun ka ?
so , kalau mau bole terus wasap admin 😍
www.wasap.my/+60102139757
www.wasap.my/+60102139757
www.wasap.my/+60102139757