05/01/2024
🍦 Jenis Whipping Cream
Whipping Cream, masih keliru tentang kedua-dua krim ini?
Kedua-duanya adalah krim putar (whipped cream) yang mempunyai fungsi yang sama, tetapi perbezaan antara mereka adalah dari segi kandungan bahan, kaedah penggunaan dan penyimpanan.
1. Whipping Topping Cream atau dipanggil Non-Diary Whip Cream
Kandungan: Minyak Inti Sawit, Sirap Jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak daripada susu
Tekstur: Mudah pekat apabila dipukul, mengembang 2 kali ganda, rasa manis
Penggunaan: Sebagai Topping dan Filling untuk kek kontinental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc.
Cara Penyimpanan : Simpan di tempat sejuk beku (Freezer), tahan 1 bulan selepas dibuka.
Jenama dalam Pasaran : Rich's, Shine Road, Value Pride, Golden Peak
2. UHT Whipping Cream atau dipanggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream
Kandungan: Susu pepejal
Tekstur: Lebih pekat daripada susu segar (susu penuh krim UHT) tidak mengembang apabila dipukul, Rasa segar
Kegunaan : Sebagai campuran dalam membuat Kek Keju, Tiramisu, Mousse, Pencuci mulut, Aiskrim dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek)
Cara Penyimpanan : Simpan di dalam peti sejuk (Chiller) tidak perlu beku, tahan 1 minggu selepas dibuka.
Jenama dalam Pasaran : Anchor, Emborg, Pauls, Shani
U guys dah faham kan perbezaannya. Cuba tekan jenis yang mana kami letak dalam buko?
Jom follow rapat FB Buko Ori Philippines 🙈