14/06/2023
🍪5 JENIS BISKUT YANG SESUAI UNTUK DIET ANDA🍪
Sebenarnya perkataan ‘diet’ itu bukan bermakna seseorang tidak boleh memakan apa-apa langsung, tapi bergantung kepada jenis diet – ada yang perlu kurangkan pengambilan kalori, ada yang perlu kurangkan pengambilan gula, dan ada p**a yang perlu kurangkan pengambilan lemak.
Ramai yang tertanya-tanya, kalau nak diet boleh ke dengan cara makan biskut sahaja. Min pun kadang-kadang nak tahu jugak boleh ke tak tapi rupanya boleh guys, min baru baca kat blog parenting and healthy. Ok meh sini min share apa dia tu. Jangan lupa try ya semua😉
1. Jacob’s Hi-Fibre Cream Crackers
Ia dapat membantu memenuhi keperluan nutrien harian seseorang yang sedang menjalani aapa sahaja jenis diet. Biskut ini mempunyai 85% bijiran gandum, jadi bukan sahaja ia tinggi dengan serat, malah biskut ini lengkap dengan rasa bijirin yang enak dan penuh dengan rasa, jadi taklah rasa bosan untuk makan beberapa keping!
2. Jacob’s Weetameal Wheat Crackers
Walaupun peratus bijirin gandumnya adalah kurang sedikit berbanding dengan Jacob’s Hi-Fibre Cream Crackers pada 75%, ia masih mempunyai kombinasi nutrien dan vitamin penting. Biskut ini mempunyai rasa yang lebih manis sedikit berbanding Jacob’s Hi-Fibre Cream Crackers. Jadi, kalau anda sedang mencari snek untuk memenuhi keinginan makanan manis, biskut ini boleh menjadi pilihan yang lebih baik.
3. Munchy’s Oat Krunch Nutty Chocolate with Hazelnut
Munchy’s Oat Krunch Nutty Chocolate with Hazelnut ini mengandungi kandungan gandum yang tinggi, bebas lemak, dan tiada bahan pengawet. Tambahan p**a, biskut ini mengandungi hazelnut atau kacang hazel yang tinggi dengan asid oleik dan coklat yang tinggi dengan antioksidan. Kombinasi kacang hazel dan coklat ini memang tak boleh salah! Kalau makan satu, tentu nak lagi, jadi kena jaga-jaga dengan kadar pengambilan.
4. Quaker Chocolate Chips Oat Cookies
Bijirin oat yang tinggi dengan beta-glucan dapat membantu mengurangkan kolestrol, tekanan darah, dan juga mengurangkan risiko penyakit jantung. Kandungan biskut oat ini yang mengandungi chocolate chips tentu dapat memuaskan craving anda untuk makan chocolate chip cookies biasa yang mungkin kurang berkhasiat kerana kandungan gula yang tinggi!
5. Tesco Milk Chocolate Oaties
Tesco Milk Chocolate Oaties yang dicelup dengan coklat susu selembut sutera bunyinya memang sedap sekali! Ia juga sesuai untuk vegetarian. Tetapi memandangkan ia mengandungi coklat susu, pastikan diet anda membenarkan pemakanan coklat tersebut.
Semoga info ini bermanfaat untuk uolls semua.
Jangan lupa singgah sebentar ke fb page kami atau boleh terus wasap kami bagi pertanyaan apa2 sekalipun, jgn malu2 ya😘😘
http://www.wasap.my/6011-56511468/hellofasyadelight
https://www.facebook.com/cookiesbyFasyaDelight