13/12/2016
LAMBAIAN KASIH BUAT RAKYAT
"Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya"... Itulah peribahasa yang paling sesuai untuk KDYMM Sultan Muhammad V.
Merafak sembah & setinggi-tinggi tahniah kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sempena pemasyhuran sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV daripada DHIL Burger Station .
***************************************
Sayu hati dan tersentuh jiwa sewaktu Tuanku KDYMM YDP Agong XV melambai tangan melintasi rakyat jelata yang setia menanti di keheningan subuh untuk mengiringi keberangkatan tuanku ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai lokasi kedua sebelum ke Istana Negara.
Baginda dikenali sebagai seorang Raja Melayu yang warak,berjiwa rakyat dan mengutamakan Agama Islam dalam setiap hal. Sering menjengah rakyat secara persendirian atau tanpa pengiring dan protokol, juga mudah membahasakan diri SAYA, AMBO atau KITA.
Berjubah dan berkopiah adalah pakaian harian baginda... Mengimamkan solat dan berjamaah di setiap Masjid Jajahan adalah amalan baginda... Menziarahi rakyat jelata tanpa sebarang liputan itu pendirian baginda... Melayu, Cina, India dan Siam adalah rakyat kesayangan baginda.... Menukarkan laungan "Daulat tuanku" kepada "Allahuakbar" supaya rakyatnya mendapat pahala apabila melaungkan laungan tersebut..itulah KDYMM Sultan Muhammad V....
Kini.. Baginda KDYMM Sultan Muhammad V yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan telah menjadi milik seluruh rakyat Malaysia...
Kelantan dan 13 negeri kini berada dibawah satu naungan seorang Agong yang mendahulukan Agama dan mengutamakan rakyat...
InsyaAllah dengan kerendahan diri Tuanku, akan dipandang mulia, dihormati, dan dikasihi sekalian rakyat...
Allahu Akbar!!
Allahu Akbar!!
Allahu Akbar!!
13 Rabiul Awal 1438H / 13 Disember 2016