Nasi Pakistan Kluang HQ

Nasi Pakistan Kluang HQ Anda nak makan nasi yang light-light sahaja? Jom cuba Nasi Pakistan kami. Nasi kurang berempah tapi tetap enak. Pasti enak dengan pelbagai lauk pilihan.

Pilihan lauk seperti ayam ala kandar, ayam masala, ayam panggang madu, kari kambing dan kambing bakar.

Yogurt cara Pak Jam.Susu kotak 1L low fat high calcium + plain yogurt 130g.Fermentasi dalam suhu bilik selama 12-18 jam ...
28/08/2024

Yogurt cara Pak Jam.

Susu kotak 1L low fat high calcium + plain yogurt 130g.

Fermentasi dalam suhu bilik selama 12-18 jam ikut cuaca panas atau sejuk.

Lepas dah cukup tekstur yang dikehendaki masuk dalam chiller.

Nak makan senduk la masuk dalam cawan tambah la jus buah ke, gula ke, buah cincang ke, nak rasa kosong gitu je pun boleh. Sekhati kau la.

1L dengan harga modal 8 hinggit sesuai la untuk Pak Jam yang banyak anak nie.

Manusia menapai susu kepada yogurt untuk membolehkan mereka yang tolerance terhadap laktosa masih dapat khasiat susu.Pen...
27/08/2024

Manusia menapai susu kepada yogurt untuk membolehkan mereka yang tolerance terhadap laktosa masih dapat khasiat susu.

Penambahan bakteria seperti lactobacillus bulgaricus pada susu menyebabkan laktosa diuraikan oleh bakteria kepada asid laktik. Penurunan paras laktosa ini membolehkan individu yang tolerance terhadap laktosa.

Susu akan menjadi masam dan ini diseimbangkan dengan penambahan gula Dan jus buah.

Walaupun yogurt baik untuk kesihatan pada asalnya tapi dengan gula tambahan (~10%) setiap hidangan maka ia perlu diambil secara sederhana oleh pesakit diabetik.

Terlupa sudah!Tu dia. Siap buat condominium bertingkat-tingkat microb Pak Jam nie.Hari tu orang tanya apa hobi Pak Jam. ...
25/08/2024

Terlupa sudah!

Tu dia. Siap buat condominium bertingkat-tingkat microb Pak Jam nie.

Hari tu orang tanya apa hobi Pak Jam. Pak Jam jawap la hobi menternak microb. Nie hah bukti dia.

Gembira sahkan dorang, bukan setakat buat rumah kongsi tapi siap condominium lagi. Tu kalau teropong dekat-dekat mahu nampak lengkap siap kolam renang, gimnasium, pasaraya, restoren, stadium, ekspo makanan, muzium, zoo, lapangan terbang bagai.

Dorang memang biasa ambik gambar Pak Jam sedang berfikir masalah negara.Kang ada jugak yang Pak Jam jeruk jadikan pekasa...
23/08/2024

Dorang memang biasa ambik gambar Pak Jam sedang berfikir masalah negara.

Kang ada jugak yang Pak Jam jeruk jadikan pekasam.

Kebaikan probiotik boleh didapati dengan 2 cara. Pertama, kita makan makanan penuh probiotik seperti yogurt, kefir dan j...
23/08/2024

Kebaikan probiotik boleh didapati dengan 2 cara.

Pertama, kita makan makanan penuh probiotik seperti yogurt, kefir dan jus kimchi. Mikrob hidup masuk kedalam sistem penghadaman kita seterusnya membantu penghadaman. Syarat dia sumber probiotik tu tidak dipanaskan atau dipasturekan.

Kedua, kita makan makanan yang memang dah diuraikan kepada bentuk lebih ringkas atau mudah dihadam oleh microb. Makanan tu boleh dalam bentuk sudah dimasak seperti tosei atau roti sourdough. Sampai dalam sistem penghadaman ia boleh terus dicerna secara ringkas untuk badan mendapat khasiatnya.

Makan malam dengan 3 hasilan fermentasi dari 3 budaya/etnik.Sambal bosou dari masyarakat kadazan dusun, mandai kulit cem...
21/08/2024

Makan malam dengan 3 hasilan fermentasi dari 3 budaya/etnik.

Sambal bosou dari masyarakat kadazan dusun, mandai kulit cempedak dari masyarakat banjar dan ikan tongkol masak kicap dari china/jepun.

Lebih kepada citarasa. Sebab teknik memasak memusnahkan probiotiknya. Khasiat dari vitamin pun mungkin dah takdok jugak sebab beberapa vitamin musnah akibat haba.

Apa pun kembalilah kepada slogan kita.

"Makan sedap dulu, khasiat kendian la fikir balik"πŸ˜…

Itulah. Kadang nak bahagia tapi kita letakkan standard tinggi sangat.Rupanya sepinggan nasi, setengah ikan goreng, tauhu...
19/08/2024

Itulah. Kadang nak bahagia tapi kita letakkan standard tinggi sangat.

Rupanya sepinggan nasi, setengah ikan goreng, tauhu, tempe pun dah sedap.

Tambah lagi sesudu sambal bosou.

Jom ler makan!

Sambal bosou ikan dengan umbut pisang. Fermentasi rendah garam dengan nasi dan buah pangi/keluak/kepayang. Hasilan ferme...
17/08/2024

Sambal bosou ikan dengan umbut pisang. Fermentasi rendah garam dengan nasi dan buah pangi/keluak/kepayang. Hasilan fermentasi masyarakat kadazan susun di Sabah.

Mula berkenalan dulu rasa nak muntah pun ada. Ikan peram dalam nasi? Jangan gurau laπŸ˜…

Tapi bila dah jadi sambal bosou memang sedap. Bau cencaluk pun ada. Rasa dia memang masam.

Kandungan garam dalam bosou adalah rendah dan ia terawet bukan oleh garam tapi kehadiran buah pangi.

Jom ler makan!

Dalam penghasilan mandai atau jeruk kulit cempedak, kandungan gula dalam kulit cempedak itu menentukan jumlah gas dioksi...
14/08/2024

Dalam penghasilan mandai atau jeruk kulit cempedak, kandungan gula dalam kulit cempedak itu menentukan jumlah gas dioksida yang terhasil.

Lagi banyak gas terhasil maka menjadi tanda bakteria yang lebih gembira.

Maka dia akan selalu melambai-lambai kita.

Kalau tak gembira nanti dia mencarut p**ak.

Asam pedas kimchi ikan susu atau milkfish.Menggunakan pes asam pedas kimchi ready to cook.Resepi pes asam pedas seperti ...
11/08/2024

Asam pedas kimchi ikan susu atau milkfish.

Menggunakan pes asam pedas kimchi ready to cook.

Resepi pes asam pedas seperti yang saya ajar dalam kursus petani di Pejabat Pertanian Daerah Segamat. Kaedah pembuatan kimchi p**a seperti yang saya ajar dalam kursus APIAT di Pusat Pertanian Ayer Hitam dan kursus petani di Pejabat Pertanian Parit Raja.
Keduanya bergabung dan menjadi pes asam pedas kimchi.

Dia macam perguruan kungfu shaolin jugak la.

Shaolin selatan menguasai 15 dari 18 gaya tumbukan penunduk naga sama macam shaolin utara yang juga 15 dari 18 gaya. Tapi setiap perguruan tu ada 3 gaya yang masing-masing tak tahu. Jadi kalau bergaduh pun masing-masing ada kelebihan gaya yang lawan tak tahu.

Nak jadi hebat kenalah kedua tu bergabung.

Tapi entah apa kaitan asam pedas dengan 18 gaya tumbukan penunduk naga pun saya tak faham. Saja la sementara tunggu nasi masak.

Tiga bilah ajikiri dalam koleksi. Tengah tunggu bilah ke-4.Ajikiri juga dipanggil small deba mempunyai bilah sekitar 10 ...
02/08/2024

Tiga bilah ajikiri dalam koleksi. Tengah tunggu bilah ke-4.

Ajikiri juga dipanggil small deba mempunyai bilah sekitar 10 cm.

Ajikiri pisau tradisional jepun dan adalah bilah single beveled. Bermaksud matanya hanya condong kepada 1 sisi sahaja. Ia macam mata pahat.

Single beveled lebih tajam dari double beveled (macam mata pisau biasa tu).

Biasa digunakan untuk membelah ikan supaya isi terasing elok dari tulang.

Pertama guna akan jadi kekok sebab bila potong sesuatu pisau akan terjajar ke sisi bertentangan dengan mata single beveled tu. Maka kita akan melawan jajaran tu dengan menolak sikit ke arah bertentangan.

Bagi orang kidal kena cari ajikiri yang mata condong ke kanan.

Banyak pisau tradisional jepun dibuat dari carbon steel berbanding stainless steel. Carbon steel tak tahan karat macam stainless steel tapi lebih keras dan kuat.

Carbon steel juga mempunyai rupa paras kurang bersinar berbanding stainless steel.

Antara pisau dapur kegemaran saya untuk menyembelih ikan.Jenama shibazi dari china. Harga tak mahal mana pun. Jauh la ka...
02/08/2024

Antara pisau dapur kegemaran saya untuk menyembelih ikan.

Jenama shibazi dari china. Harga tak mahal mana pun. Jauh la kalau banding dengan victorinox, mercer culinary atau wusthof.

Boleh la buat pisau basahan kat orang.

Address

No. 11 Jalan Kluang Perdana 23, Taman Kluang Perdana
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+601135108817

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nasi Pakistan Kluang HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nasi Pakistan Kluang HQ:

Share

Category