Resepi Bonda

Resepi Bonda Resepi Makanan Bonda Turun Temurun Sejak Zaman Berzaman
https://linktr.ee/simpananemaspublicgold

Sapa s**aaa??? Pedas pedas manis 🤤Sambal kacang ikan bilisResipi500gram kacang (goreng garing)100gram ikan bilis (goreng...
23/01/2025

Sapa s**aaa??? Pedas pedas manis 🤤
Sambal kacang ikan bilis

Resipi
500gram kacang (goreng garing)
100gram ikan bilis (goreng garing)
Blend halus
Cili kering segenggam rebus lembut(buang biji)
Bawang merah kecil 5 biji
Bawang putih 2
Tumis semua bahan blend dengan minyak yg banyak sampai naik minyak, masuk garam, gula, aji dan masak sampai sambal gelap dan berkilat. Gula kena lebihkan untuk dpt kilat dan manis pedas. Sejukkan sambal, kacang, ikan bilis baru gaulkan supaya kekal rangup.

kredit resepi: ‎Ainn Mustafar‎ via MAHN

Kacang Goreng
https://s.shopee.com.my/AA1jzHkPel

PETUA UNTUK KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI AKAN TURUN DAN MELEGAKAN SAKIT TAPAK KAKI/TUMIT dan sakit urat pun Insyaallah...
23/01/2025

PETUA UNTUK KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI AKAN TURUN DAN MELEGAKAN SAKIT TAPAK KAKI/TUMIT dan sakit urat pun Insyaallah akan berkurangan.

Untuk petua kencing manis

Cara buat:
buat jus sebiji mentimun iaitu kisar timun dengan 1 gelas air. Tapis ambil airnya sahaja. pastu masukkan cincau tanpa gula (400-500gram) ke dalam air timun tadi dan mesin halus kesemuanya sekali. Kuantiti jus tersebut untuk pagi dan malam sahaja. Habiskan.

Minum pagi dan malam selama 1-2 minggu.

Kemudian untuk seterusnya minumlah 2-3 hari sekali.

Insyaallah akan mujarab dan benar benar mujarab.

“Jika anda termakan banyak atau terlebih makan makanan" cepat cepat minum jus ini 2x sehari.

Org darah tinggi pun boleh minum. Elok sangat sangat. Darah tinggi pun turun dan kalau ada kencing manis pun akan turun juga. Insyaallah. Sakit urat pun lega. Sakit tapak kaki/tumit pun akan lega. Cubalah.

Sebenarnya TIMUN dan CINCAU Berperanan penting melancarkan perjananan darah dan sistem body kita. ANUGERAH ALLAH.

Kredit: Fitri Firly

Jus Timun
https://s.shopee.com.my/3ArzeI5YwT

RESEPI SOTO JOHOR STYLE1.Blend lumat bawang merah,bawang putih,halia lengkuas sedikit saja..2.Tumis bahan yg diblend tad...
22/08/2024

RESEPI SOTO JOHOR STYLE

1.Blend lumat bawang merah,bawang putih,halia lengkuas sedikit saja..
2.Tumis bahan yg diblend tadi,kulit kayu manis,serai ketuk.Sampai naik bau n garing.
3.Masukkan serbuk ketumbar sedikit serbuk jintan manis sedikit.Nak sedap,beli yg biji..sangai..blender kering..(kalau malas beli je yg dah siap settle)
4.Masukkan perencah soto brand adad ( paket hijau )
5. Kacau bagi rata.
6.Masukkan air biar mendidih,masukkan ayam (terp**ang nak rebus skli dlm kuah atau goreng)
7.Perasakan dengan garam dan serbuk perasa..

Resepi sambal kicap :
Cili padi,bawang goreng,bawang putih,kicap manis atau lemak manis,cuka sedikit (xletak cuka pon xpe) tak perlu tambah air.

Credit : Apple Green

Mee Soto :-
https://s.shopee.com.my/2Aukkb0cDr

Baked Cheese Carbonara MeatballBahan-Bahan:Bebola Daging/Ayam1 Tin Sos Carbonara PregoSetengah cawan susu segarSedikit l...
22/08/2024

Baked Cheese Carbonara Meatball

Bahan-Bahan:
Bebola Daging/Ayam
1 Tin Sos Carbonara Prego
Setengah cawan susu segar
Sedikit lada hitam
Keju Mozarella
Capsicum & Bawang Holland

Cara Membuat:
1.Bebola daging (nak guna bebola ayam pun boleh) digoreng dulu. Lepas tu goreng p**ak capsicum dengan bawang dengan minyak yang sikit ye. Dan lepas tu susun macam ni.

2.Tuang Sos Carbonara. Cara masak sos ni, masukkan setin Sos Carbonara Prego dalam kuali. Masak sampai mendidih, lepas tu masuk susu segar lebih kurang setengah cawan, masuk lada hitam hancur jika s**a dan siap. Lepas siap masuk sos tu macam dalam gambar.

3.Letakkan mozarella cheese dekat atas. Nak letak banyak mana pun boleh Lagi banyak lagi sedap hehe.

4.Masukkan dalam oven, suhu 170 darjah celcius, masak dalam masa lebih kurang 10-15 minit. Dan taraaa siap di makan.

Kredit kepada empunya resepi

Carbonara :-
https://s.shopee.com.my/B9gMsDZ9U

Sos hijau Vietnam Roll 🥗Bahan-bahan: 1. segengam daun ketumbar 2. 4 biji cili padi hjiau ( nak pedas letak lebih ye 3. s...
22/08/2024

Sos hijau Vietnam Roll 🥗

Bahan-bahan:

1. segengam daun ketumbar
2. 4 biji cili padi hjiau ( nak pedas letak lebih ye
3. satu helai daun limau
4. 3 ulas bawang putih
5. sedikit air
6. 1 ketul cube ayam
7. 1 sudu garam
8. 1 sudu ajino
9. 2 sudu gula
10. air limau sikit / limau nipis separuh biji
11. (susu segar dutch lady kotak, sy tuang je anggaran sendiri)
12. (yogurt original)
13. (2 sudu susu pekat )

Cara Penyediaan:

1. Bahan bahan 1 hingga 10 perlu diblend.
2. Kemudian sediakan periuk, mas**an bahan yang diblend.
3. Masak dengan api perlahan, sambil masukkan bahan-bahan 11 sehingga 13.

⁃ kalau rasa kurang creamy kurang rasa ..letak je susu pekat / susu segar td ye .. ni resepi sendiri .. takde kaitan dgn yg hidup atau yg mati !!!! masak api perlahan ye .. bg dia pekat sikit 🔥🔥its done ♥️♥️

Kredit: Liyn (Facebook)

Vietnam Roll :-
https://s.shopee.com.my/4pvVvPf0de

AYAM MENANGIS MERAUNG 😁Bahan perapan ayam (perap 3 jam) :- Ayam ( Isi Peha atas, Isi Peha Bawah,Isi Dada )- Akar ketumba...
22/08/2024

AYAM MENANGIS MERAUNG 😁

Bahan perapan ayam (perap 3 jam) :

- Ayam ( Isi Peha atas, Isi Peha Bawah,Isi Dada )
- Akar ketumbar
- Bawang putih
- Gula perang
- Sos ikan
- Kicap pekat
- Lada sulah/hitam
- Minyak
Blend semua, lumur pada daging/ayam. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.

Perap dan simpan di chiller. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.

Untuk masak, panaskan non stick pan, letak minyak sikit, bakar dengan api kecil.

Bahan sos:
- Sos ikan
- Air asam jawa
- Perahan limau nipis
- Gula kabung/nisan Thai
- Serbuk cili kasar
- Beras goreng
- Daun ketumbar (cincang)
- Akar ketumbar (cincang)
- Cili padi (cincang)
- Bawang merah (cincang)
- Bawang putih (cincang)

Bancuh semua bahan, perasakan.

Kredit : Serina Seman

Perapan Ayam :-
https://s.shopee.com.my/7000VLtyHz

RESEPI ROTI SOSEJ KUKUSBahan-bahan:Roti sosejSosejCheese sliceMayoneseSos ciliCara-cara:1.Mula² kukus sosej selama 5mini...
22/08/2024

RESEPI ROTI SOSEJ KUKUS
Bahan-bahan:
Roti sosej
Sosej
Cheese slice
Mayonese
Sos cili
Cara-cara:
1.Mula² kukus sosej selama 5minit. Kalau sosej tu beku boleh up lagi masa supaya hilang beku. Kita guna sosej cheese. Kalau nak sedap baik guna sosej yg berkualiti sikit, kalau guna sosej murah nanti rasa dia pun tak berapa sedap.
2.Potong roti jangan sampai terputus.
3.Masukkan sosej ke dalam roti kemudian selimutkan sosej dengan cheese slice yg di belah dua bahagian.
4.Kukus selama 5minit atau sehingga cheese cair. Roti sosej yg dikukus akan menghasilkan roti yg lembut dan gebu.
5. Paipkan mayonese dan sos cili atas roti. Kita guna sos cili peket mekdi. Kalau dapat sos jangan dibuang, boleh buat macam-macam dengan sos tu.
6. Akhir sekali taburkan parsley kering atasnya. Kalau tak ada pun tak apa sekadar untuk lawa-lawa aje
Hias dengan daun salad dan tomato cherry, sedia untuk dinikmati.

Credit : Suzana Othman

Sosej Thai :-
https://s.shopee.com.my/3q3JSVCsek

Resepi Nasi Goreng Tomyam Thai PaduSedap megalahkan rasa yg kt kedai!Sesuai utk berbuka atau bersahur.Bahan2✔️ Udang / s...
22/08/2024

Resepi Nasi Goreng Tomyam Thai Padu

Sedap megalahkan rasa yg kt kedai!
Sesuai utk berbuka atau bersahur.

Bahan2
✔️ Udang / sotong
✔️ Bawang blend/ tumbuk ( bawang merah & putih)
✔️ Satu sudu cili blend ) nk bg nmpk merah)
✔️ Daun limau purut
✔️ Serai dihiris
✔️ Cili padi ( xnk letak pon xpe)
✔️ Kiub pati tomyam
✔️ Kubis bunga dan carrot

Cara-Cara :
1. Panaskn minyak dan tumis bawang dan cili kisar skjp
2. Agak2 da naik bau tu, masukkn kiub, daun limau dan serai.. kacau sebati.. masukkn sedikit air kalu pekat.. masukkn udang ..
3.agak2 da nk dekat kering, masukkn nasi .. kacau sekejap, masukkn sotong dan sayur ..
4. Masukkn perasa.. garam sy letak sikit je sbb kiub tu da rasa masin juga..
5. Dah siap boleh dimakan bersama kepok keping😁

Jom tengok ali baba bujang lapok

Sumber Resepi : Noorhafizah Ismail‎ via mahn

Serbuk Perencah Adabi :-
https://s.shopee.com.my/9f16PGc7oX

RESEPI IKAN STIM LIMAUBahan-bahan:* Ikan siakap* Bawang putih (dicincang/ potong dadu)* Halia (dihiris)* 1 batang Serai ...
22/08/2024

RESEPI IKAN STIM LIMAU

Bahan-bahan:
* Ikan siakap
* Bawang putih (dicincang/ potong dadu)
* Halia (dihiris)
* 1 batang Serai (dihiris) & 2 batang untuk letak dalam ikan.
* Cili padi merah & hijau
* Asam Limau
* Daun ketumbar - akarnya direbus sekali dengan ikan
* Garam @ sos ikan untuk perasa.

Cara-cara:
1. Bersihkan ikan siakap, kalau taknak bau hanyir cuci dengan asam limau @ lemon.
2. Kemudian letak 1 kiub pati ayam di seluruh ikan & serai di celah-celah ikan.
3. Rebus pakai kuali je, letak akar daun ketumbar dan daun ketumbar sekali.
4. Letak sekali bahan-bahan yang disediakan tadi sehingga masak.
5. Untuk perasa saya letak sos ikan, nak letak garam pon boleh.
6. Rebus dalam 10 minit
7. Cili padi saya letak last skali takut pedas sangat

Kredit: Zafirah Zawawi‎

Sos Stim Ikan :-
https://s.shopee.com.my/8ACIcY7YzA

RESEPI TEPUNG TALAM TEPUNG BERASSelalunya pakai resepi guna tepung gandum ja. Hari ni try tukaq tepung beras p**a. Alham...
22/08/2024

RESEPI TEPUNG TALAM TEPUNG BERAS

Selalunya pakai resepi guna tepung gandum ja. Hari ni try tukaq tepung beras p**a. Alhamdulillah sedap. Akak sharekan resepi..

BAHAN LAPISAN BAWAH

3 cwn tepung beras
(cap gajah tiga)
2 sb tpg ubi
1 sk kapur mkn
1 cwn gula merah
1/2 cwn gula putih
6 cwn air.

CARA MEMBUATNYA :

Gula merah dan gula putih dimasak dgn 3 cawan air. dah mendidih sejukkan.

Kemudian campurkan air gula ke dlm tepung tadi bersama 3 cwn air. kemudian tapiskan dan kacaukan seketika di atas api.

Loyang hendaklah disapu dgn minyak. bila kukus dah mendidih masukkan loyang dan tuang adunan kedlm nya.

kukus selama 20-30 minit. bila dah masak calarkan ngan garpu bila nk tuang adunan lapisan atas..

BAHAN LAPISAN ATAS :

2 cmn tpg beras
2 sb tpg jagung
5 cwn santan
Sedikit garam.

CARA MEMBUATNYA :

Satukan semuanya dan kacau diatas seketika..
Kemudian blh la dituangkan ke atas lapisan bawah td.
Kukus selama 20-30 minit lg.
Loyang ikut s**a.

Kredit: Norlela Abd Lahak

SELAMAT MENCUBA 👍

Tepung Beras :-
https://s.shopee.com.my/3L72riBU3U

Resepi Ayam Goreng Berempah 😋1 ekor ayam (potong 16 - kalau nak kecil lagi kerat la kecil2)3 inci Halia3 labu bawang put...
22/08/2024

Resepi Ayam Goreng Berempah 😋

1 ekor ayam (potong 16 - kalau nak kecil lagi kerat la kecil2)
3 inci Halia
3 labu bawang putih
8 batang serai
3 sb jintan manis
3 sb ketumbar
2 sb tepung jagung
Telur sebiji
Garam secukup rasa
Serbuk cili ikut pedas mana nak + sedikit serbuk kari ayam
Daun kari secukupnya
Gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir

------
Blend semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur.
Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.

Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.

Ok dah siap angkat dam toskan. Baki bahan perapnya saya goreng rangup dan tabur bersama2 ayam yang dihidangkan. Makan dengan nasi panas pun sedap

Serbuk Ayam Goreng Berempah :-
https://s.shopee.com.my/qPhtCEa7d

RESEPI CENDAWAN GUNTING MELENTINGBAHAN-BAHAN :* 5 sdb tpg gandum* 5 sdb tepung beras* Serbuk Kunyit * Garam* Serbuk cili...
22/08/2024

RESEPI CENDAWAN GUNTING MELENTING

BAHAN-BAHAN :

* 5 sdb tpg gandum
* 5 sdb tepung beras
* Serbuk Kunyit
* Garam
* Serbuk cili
* Serbuk Lada hitam
* Serbuk ketumbar
* Serbuk jintan manis
* Pati ayam (optional)
* Air

CARA-CARANYA :

1. Cuci dan toskan cendawan. Lebih bagus selepas itu lap pakai tisu, sebab kita nak cendawan itu kering.

2. Bancuh adunan tepung dengan campur semua bahan diatas. Jangan terlampau cair.

3. Celup cendawan dalam tepung dan goreng dalam minyak yang panas.

4. Lepas dah goreng jangsn lupa gunting cendawan tu ya. Masa gunting tu nanti cendawan melenting-lenting. Barulah namanya cendawan gunting melenting

Kredit: FuZza Nisa

Cendawan Tiram Kelabu :-
https://s.shopee.com.my/3fk93VAzhY

Address

Bandar Kluang
Kluang
68000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resepi Bonda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Resepi Bonda:

Share