19/07/2021
-Doa Arafah-๐คฒ
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
1. kurniakanlah kepada kami Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah kami dan keluarga kami dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah pada kami kematian yang diberkati. Izinkan kami mengucapkan syahadah sebelum kami menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah pada kami syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah kami dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah saudara-saudara kami dan sahaba-sahabat kami dari neraka. Kurniakan mereka hidayahmu.
6. Ya Allah, satukan kami dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang kami sayangi semata-mata kerana Mu.
7 Ya Rabb, sempurnakan agama kami dan ibadah kami. Selamatkan kami daripada kejahatan dan izinkan kami menyempurnakan sebahagian daripada agama kami.
8. Ya Allah terimalah amalan baik kami dan tingkatkan pahala dan rahmat untuk kami. Padamkan dosa-dosa kami dan ampunkan kami sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untuk kami dan selamatkanlah kami dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila kami mati, biarlah jiwa kami dan rekod amalan kami menjadi amalan tertinggi
10. Yallah kami Mohon Mati dalam husnul khatimah,kekalkan islam agama kami,Jadikan kuburku nanti dari taman-taman syurga,Jangan jadikan kubur kami dari lubang, lubang api neraka.
11 Ya Allah, masukkan kami dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku kepadaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaan kami kepada keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaan kami untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah kurniakan kami Rahmat Dari Sisi-mu ,dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.
15. Ya Allah berilah kami lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niat kami hanya untuk Mu semata dan lindungi kami dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan kami dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17.Ya Rahman,Ya Rahim,berikan sakinah (ketenangan) dalam keluarga kami, Berkati kami dengan pasangan hidup kami dan Anak-anak kami,perlakukan kami dengan lemah lembutmu,jangan lah pecah belahkan hati kami.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah kami dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapa kami.
19. Selamatkanlah kami dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah kami dari azab kubur dan azab api neraka.
21. Ya Allah, tingkatkanlah usaha kami dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22. Ya Allah, berkati hidup kami dengan kesihatan yang baik, agar kami dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayat kami
23. Ya Allah, lindungi kami dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang s**ar ini.
24. Tuhanku, berkati hidup kami dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah kami dari api neraka. Sesungguhnya kami memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuran kami semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan kami dari kemunafikan.
27. Ya Allah, izinkan kami dan pasangan hidup kami dan ahli keluargaku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
28 Ya Allah lindungi kami dari iblis, syaitan dan jin. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil sehingga kami dewasa.
30. Ya Allah, kami berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kequfuran, putus asa, salah laku dan syirik.
31. Ya Allah berikan kami kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga kami dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
32. Ya Yallah Sesungguhnya kami memohon kepada Mu Ya Allah lindungilah kami, keluarga kami serta negara kami MALAYSIA dari musibah dan WABAK COVID-19 ini dan kembalikan ia dalam keadaan aman, damai dan tenteram seperti sedia kala. Angkat segera wabak Coronavirus Covid 19 ini agar kami dapat kembali hidup seperti sedia kala,beribadah di masjid, menyambut hari raya, berjumpa ibu bapa dan keluarga.
Ya Allah, perkenankanlah doa permohonan kami ini. Solawat dan salam kepada junjungan besar kami Nabi Muhammad SAW serta sekalian keluarga dan sahabat2 baginda. Allahumasoli'ala saiyidina Muhammad wa'ala ali saiyidina Muhammad.
Aamiinn...Ya Rabbalโalamiinn๐น