Laman Santai Warisan Kepala Batas

Laman Santai Warisan Kepala Batas Singgah, Santai & Nikmati Pelbagai Makanan Warisan ( Breakfast . Lunch . Dinner )

11/07/2026
11/07/2026

Orang kedah yang teringin makan Ketam Kari AMD boleh mai kepala batas Laman Santai Warisan Kepala Batas exit highway 180 Kedah.
Setiap hari buka dari pukul 12.00 tghari sampai 11.00 mlm.




Alhamdulillah.Tetamu dari Jakarta Indonesia singgah untuk makan tengahari di Restoran Warisan Laman Santai Kepala Batas ...
05/07/2026

Alhamdulillah.
Tetamu dari Jakarta Indonesia singgah untuk makan tengahari di Restoran Warisan Laman Santai Kepala Batas Kedah. Bersama Local Guide dan Kapten Bas dari Kuala Lumpur. Terima kasih sudi berkunjung ke Laman Santai Warisan.
Katanya rindu dengan Gulai Daging Restoran Warisan..🥰🥰
Jangan lupa singgah lagi ye….🙏🙏




03/07/2026

Alhamdulillah, terima kasih yang tidak kepada semua sahabat Travel Agent, Tour Leader, Tour Guide dan Kapten Bas yang sentiasa memberi sokongan kepada Laman Santai Warisan Kepala Batas.

Kepercayaan dan sokongan anda amat kami hargai. Hari ini sekali lagi kami berbesar hati menerima kunjungan rombongan pelancong dari Indonesia yang singgah menikmati hidangan di Laman Santai Warisan Kepala Batas Kedah.

Terima kasih kerana terus memilih Laman Santai Warisan Kepala Batas sebagai destinasi persinggahan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Jumpa lagi di Laman Santai Warisan! ❤️🌿

30/06/2026

Alhamdulillah 🤍

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kawan-kawan Travel Agent Malaysia Suria Indah & Indonesia, Tour Guide, Tour Leader & Kapten Bas yang telah memilih Laman Santai Warisan, Kepala Batas Kedah sebagai tempat persinggahan bersama rombongan pelancong.

Hari ini kami berbesar hati menerima kunjungan seramai 127 orang pelancong dari seluruh Indonesia untuk menikmati hidangan makan tengah hari bersama kami.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. Semoga kerjasama ini terus terjalin dan Laman Santai Warisan menjadi salah satu destinasi pilihan untuk persinggahan group pelancongan ke Utara.

Kami sedia menerima tempahan untuk sarapan, makan tengah hari & makan malam bagi rombongan kecil hingga kumpulan besar. 🌿✨

Laman Santai Warisan Kepala Batas Kedah“Makanan Tradisi Warisan Budaya”



Bismillah 🤲🏻Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, Majlis Kenduri Pembukaan Laman Santai Warisan Kepala Batas ...
29/06/2026

Bismillah 🤲🏻

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, Majlis Kenduri Pembukaan Laman Santai Warisan Kepala Batas telah berjalan dengan penuh keberkatan dan kini Laman Santai Warisan Kepala Batas telah dibuka secara rasmi.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan-rakan serta semua tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis kami.

Teristimewa ucapan terima kasih kepada anak-anak tahfiz serta Imam Masjid Kepala Batas yang telah memimpin bacaan doa, memohon agar perjalanan dan usaha ini sentiasa dipermudahkan, dilimpahkan rezeki serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Kami juga amat menghargai kehadiran para tetamu kehormat, antaranya Puan DO Kuala Muda serta YB Amril, ADUN Derga yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis pembukaan ini.

Kehadiran dan sokongan daripada semua amat besar maknanya buat kami. Semoga Laman Santai Warisan Kepala Batas menjadi satu tempat yang membawa manfaat, mengeratkan silaturahim, menjadi pilihan untuk santapan keluarga, rombongan dan kunjungan para tetamu.

Dengan penuh rasa syukur, kami mengalu-alukan kehadiran semua untuk bersama-sama menikmati pengalaman santai, hidangan istimewa dan suasana warisan bersama kami.

Terima kasih atas doa, sokongan dan kasih sayang yang diberikan.
Semoga segala usaha ini dipermudahkan dan diberkati Allah SWT. 🤍

✨ OFFICIALLY OPEN ✨
Laman Santai Warisan Kepala Batas

— Ikhlas daripada keluarga Laman Santai Warisan —




Address

Exit 180 Hiway, Taman Kepala Batas Kepala Batas
Kepala Batas
06200

Opening Hours

Monday 12:00 - 23:00
Tuesday 12:00 - 23:00
Wednesday 12:00 - 23:00
Thursday 12:00 - 23:00
Friday 12:00 - 23:00
Saturday 12:00 - 23:00
Sunday 12:00 - 23:00

Telephone

+60176883795

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Santai Warisan Kepala Batas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Laman Santai Warisan Kepala Batas:

Shortcuts

Share

Category