Nasi Lemak Cik Ani

Nasi Lemak Cik Ani Nasi Lemak Cik Ani mula dikenali sejak tahun 2000 dan pada tahun 2017, ia mula diperluaskan lagi di sekitar bandar klang khususnya seluruh negeri Selangor

Weh..aku rasa ramai masih tak tahu benda ni.Hari ni aku siapkan Breakfast Pack Food untuk taska, dorang ada hari sukan.D...
26/07/2026

Weh..aku rasa ramai masih tak tahu benda ni.

Hari ni aku siapkan Breakfast Pack Food untuk taska, dorang ada hari sukan.

Dalam pack tu aku letak Japanese eggs sandwich, pisang Cavendish dengan karipap.

Benda macam ni sebenarnya aku memang biasa buat.

Cuma tulah..aku ni kadang buat kerja senyap-senyap.

Lepas tu hairan kenapa orang tak tahu. 😂

So lepas ni kalau taska, sekolah, pejabat atau program kecil nak breakfast pack..boleh roger awal-awal.

Bisnes kecil ni kadang bukan perlukan idea baru pun..Yang lama tu pun banyak lagi kita belum buat betul-betul. 😂Aku pun ...
09/07/2026

Bisnes kecil ni kadang bukan perlukan idea baru pun..

Yang lama tu pun banyak lagi kita belum buat betul-betul. 😂

Aku pun tengah belajar benda sama.

Jual nasi lemak.. tapi orang tak tahu aku buat tempahan pagi.

Ada jer supply sejak 2018..tapi jarang cerita.

Rupanya masalah aku bukan takde benda nak jual..aku yang senyap sangat. 😅

Tak semua tempahan kena ratus-ratus pax baru aku pandang.10 pax nasi kenduri pun aku layan.Sebab aku sendiri peniaga kec...
08/07/2026

Tak semua tempahan kena ratus-ratus pax baru aku pandang.

10 pax nasi kenduri pun aku layan.

Sebab aku sendiri peniaga kecil..aku faham bukan semua orang buat majlis besar.

Kadang nak makan dengan family je.

Yang penting bagitahu awal..

Jangan malam ni WhatsApp, esok pagi nak 50 pax. Yang tu bukan tempahan..tu serangan hendap. 😂

Dulu aku ingat, sambal nasi lemak mesti pedas baru orang kata sedap.Rupanya tak semua orang makan sambal nak berpeluh sa...
07/07/2026

Dulu aku ingat, sambal nasi lemak mesti pedas baru orang kata sedap.

Rupanya tak semua orang makan sambal nak berpeluh satu kepala. 😂

Sebab tu sambal Nasi Lemak Cik Ani aku buat tak pedas sangat.

Budak boleh makan..mak ayah pun tak perlu order makanan lain.

Kadang benda simple macam ni lah yang buat aku faham..

Kita tak perlu ikut semua orang. Cukup tahu siapa yang kita nak hidangkan.

Aku bukan jual nasi lemak waktu petang je sebenarnya..Sejak 2018, aku dah mula buat supply nasi lemak waktu pagi.Cuma bi...
06/07/2026

Aku bukan jual nasi lemak waktu petang je sebenarnya..

Sejak 2018, aku dah mula buat supply nasi lemak waktu pagi.

Cuma biasalah..jenis buat kerja diam-diam.

Lepas tu pelik kenapa orang tak tahu. 😂

Sekarang aku mula buka balik ruang untuk tempahan pagi dan supply.

Mana tahu ada rezeki yang selama ni lalu depan pintu..tapi dia tak nampak signboard.

Kami kembali! Tempahan pagi Nasi Lemak kini dibuka semula.Sebelum ini tempahan terpaksa ditutup sementara kerana beberap...
30/06/2026

Kami kembali! Tempahan pagi Nasi Lemak kini dibuka semula.

Sebelum ini tempahan terpaksa ditutup sementara kerana beberapa halangan. Terima kasih sangat pada yang masih bertanya dan menunggu. Insya-Allah, sekarang kami buka semula tempahan untuk sarapan pagi yang simple, sedap, mengenyangkan dan sesuai untuk pekerja pejabat, ibu bapa yang sibuk, serta staff kilang.

Collect sendiri di rumah sekitar Meru, Klang amat digalakkan. Untuk yang perlukan delivery, boleh gunakan Lalamove.

Tempahan perlu dibuat selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh collect supaya semuanya boleh disediakan dengan lebih tersusun.

Detail alamat penuh dan location akan diberikan selepas tempahan dibuat.

Untuk booking, WhatsApp:
+60 12-694 1446

Tempahan untuk bulan Jun dah start masuk gaiss..klau nk order boleh WhatsApp dgn kadar segera ✌️😁
18/06/2026

Tempahan untuk bulan Jun dah start masuk gaiss..klau nk order boleh WhatsApp dgn kadar segera ✌️😁

Belajar sesuatu?Malam hujan tu..aku ingat aku tengah bantu customer.Rupanya aku tengah belajar satu benda.Masa tu hujan ...
13/05/2026

Belajar sesuatu?

Malam hujan tu..aku ingat aku tengah bantu customer.

Rupanya aku tengah belajar satu benda.

Masa tu hujan lebat.
Delivery mahal.
Rider susah nak dapat.

Tapi sebab terlalu percaya…

aku dahulukan dulu duit rider dan prepare order macam biasa.

Lepas tu…
aku tunggu payment sampai berhari-hari.

Dan sejak malam tu..aku mula faham:

tak semua orang yang bercakap baik..betul-betul baik.

Kadang dalam dunia meniaga…

benda paling mahal bukan makanan.

Tapi kepercayaan.

“Hari ni orang cuti..tapi aku tetap buka.”1 Mei.Ramai orang ambil peluang rehat.Ada yang jalan-jalan, ada yang tidur sam...
01/05/2026

“Hari ni orang cuti..tapi aku tetap buka.”

1 Mei.
Ramai orang ambil peluang rehat.
Ada yang jalan-jalan, ada yang tidur sampai tengahari 😆

Aku?
Petang nanti macam biasa..
pukul 5pm aku buka gerai.

Bukan sebab tak nak cuti.

Tapi sebab aku tahu..
ramai lagi ‘pekerja’ yang tetap kena kerja hari ni.
• Staff retail
• Security
• Rider
• Pekerja kilang
• Dan ramai lagi

Kadang-kadang dorang ni lah yang paling penat.

Dah kerja seharian..
balik nak cari makan sedap, panas-panas.

So aku fikir simple je:
“Kalau aku boleh bagi sikit rasa puas lepas diorang penat kerja..jadi lah.”

Hari Pekerja ni bukan sekadar cuti.

Tapi hari untuk kita hargai semua usaha, tak kira kerja besar ke kecil.

Jadi petang ni, kalau kau lepas kerja..
atau tengah cari makan..

Nasi Lemak Cik Ani tetap buka macam biasa.

🕔 5PM – Habis
📍 Restoran Sate Famili

Datang singgah…

kita makan sama-sama, celebrate cara kita 😏

“Order ni sebenarnya aku salah faham..tapi last-last jadi 500 pax 😅”Mula dia WhatsApp tanya:“Bang, nasi lemak biasa 200 ...
30/04/2026

“Order ni sebenarnya aku salah faham..tapi last-last jadi 500 pax 😅”

Mula dia WhatsApp tanya:
“Bang, nasi lemak biasa 200 bungkus, harga berapa?”
Aku reply macam biasa..bagi harga, bagi option.

Lepas tu dia cakap:
“Akan menghargai kalau dapat harga murah”
Aku dalam kepala terus:
“Okay..ni mesti nak nego lagi ni..”

Dia push lagi:
“Kalau 250 bungkus..boleh RM3.20?”
Aku kira cepat-cepat.
“Okay lah, on.”

Then dia tanya beza nasi lemak biasa & klasik.
Aku explain simple:
“Sambal sama..cuma portion nasi je beza.”

Lepas tu dia hantar message:
“Ok, nasi lemak klasik 500 pack, RM1.50”
Tapi masa tu aku tengah sibuk masak..
baca pun sekali imbas je.
Dalam kepala aku:
“Ha..ni confirm nak minta kurang lagi ni..”

So aku terus reply panjang lebar:
“RM1.50 ni memang dah bawah kos..
kat petrol station pun saya supply RM2”

Lepas hantar tu..aku baca balik message dia.
Terus aku gelak sorang-sorang.

“Eh..dia bukan mintak kurang..dia nak lock 500 pax rupanya!” 😂

Dia pun follow up:
“Order 500, dapat RM1.50 (kekal) per pack, ok?”
Kali ni aku baca betul-betul.
Aku terus jawab:
“Boleh.”

Dan macam tu je..
Dari plan asal 200 pack,
terus jadi 500 pack untuk 16 May 2026.

Moral dia simple je:
Kadang kita ingat customer nak tekan harga..
rupanya dia nak bagi order besar.
Yang penting..jangan panic, jawab elok-elok.

📲 Nak order / quotation:
WhatsApp 👉 +60 12-694 1446

Address

Jalan Meranti Putih 1/ku 10
Kapar
41050

Opening Hours

Monday 17:00 - 21:30
Tuesday 17:00 - 21:30
Wednesday 17:00 - 21:30
Thursday 17:00 - 21:30
Friday 17:00 - 21:30
Saturday 17:00 - 21:30

Telephone

+60126941446

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nasi Lemak Cik Ani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share