27/08/2013
Remaja mereka, remaja kita....
Di kala jutaan kanak-kanak dan para remaja di benua lain menghadapi permasalahan kekurangan bekalan makanan dan tragedi peperangan, kanak-kanak dan remaja kita diuji dengan permasalahan obesiti dan komplikasinya.
Sebanyak 13 % daripada kanak-kanak dan remaja Malaysia didapati berdepan dengan obesiti dan permasalahan yang berkait dengannya disebabkan 'tabiat pemakanan' dan 'gaya hidup yang tidak sihat'. Kadar obesiti ini adalah sangat tinggi dan di antara yang tertinggi di seluruh benua Asia-Ocenia. Bahkan ada di kalangan anak-anak ini didapati obes ketika baru berusia 7 tahun sahaja.
Kumpulan generasi muda ini akan terus membesar dan berdepan dengan permasalahan kesihatan pada peringkat usia yang muda seumpama penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, artritis serta mempunyai risiko meninggal dunia 7 atau 8 tahun lebih awal daripada rakan-rakan yang sebaya dengan mereka.
Ibu bapa, para pendidik, ahli masyarakat, pihak media, kerajaan dan genarsi remaja sendiri harus bersama memainkan peranan terhadap masalah yang semakin membusut ini.
kembalilah kepada kehidupan yang fitrah....