Resepi Warung Ida

Resepi Warung Ida Masakan dari selatan diadun dgn citarasa Selangor. Semua resepi adalah hak milik Warong Ida@Jb. Semoga segala perkongsian ini bermanfaat utk semua

Nasi lemak daun pisang.Bahan:1 kg berasAir mengikut ukuran beras1 mangkuk santan pekat1 sudu garam1 btg serai dititik1 i...
06/05/2026

Nasi lemak daun pisang.

Bahan:
1 kg beras
Air mengikut ukuran beras
1 mangkuk santan pekat
1 sudu garam
1 btg serai dititik
1 inci halia diketuk
1 sudu margerin
3 helai daun pandan di pintal.

Cara:
Masukkan kesemua bahan dalam rice cooker dan tanak sehingga masak.

Sambal tumis.
Bahan:
1 mangkuk cili kering
3 biji bwg merah
5 ulas bwg putih
1 peket kecil udang kering
2 keping asam keping
Garam
Perasa aji
1 mangkuk minyak masak

Cara:
Blend cili, bawang² dan udang kering.
Panaskan minyak masak dan tumis bahan blend.
Masukkn asam keping dan garam & perasa.
Masak hingga sambal pekat.

Goreng ikan bilis dan kacang tanah hingga garing.

Buatkan telur dadar.

Hiaskan dgn hirisan timun.

Daun pisang utk membungkus.

Slmt mencuba.

Nasi Ayam & Ayam Bakar.Nasi AyamBahan:1 kg Beras basmathi Semangkuk air rebusan ayam1 kiub pati ayam1 sudu garam1 btg se...
05/05/2026

Nasi Ayam & Ayam Bakar.

Nasi Ayam

Bahan:
1 kg Beras basmathi
Semangkuk air rebusan ayam
1 kiub pati ayam
1 sudu garam
1 btg serai dititik
1 inci halia di ketuk
1 sdt kunyit serbuk
Air mengikut s**atan beras.

Cara:
Panaskan air dan masukkan semua bahan hingga gelegak.
Masukkn beras tanak hingga masak.

Ayam Bakar

Bahan:
1 ekor ayam
1 btg serai
1 inci halia
3 ulas bawang putih
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram

Cara:
Marinate ayam dgn bhn bender:
Serai, halia, bawang putih.
Campur dgn semua sos.
Perap 2 jam.
Sediakan arang utk bakar ayam.
Boleh dibakar di dlm oven tp kualiti dan rasa kurang dari yg dibakar atas arang.

Sediakan sos nasi ayam beserta ulam spt daun salad, tomato & timun jepun.
Selamat memasak.

Karipap sardinBahan;Kulit karipap:Sekilo tepung gandumSesudu besar tepung berasSemangkuk minyak masak1 sdt garam1 cwn ai...
01/09/2025

Karipap sardin

Bahan;

Kulit karipap:
Sekilo tepung gandum
Sesudu besar tepung beras
Semangkuk minyak masak
1 sdt garam
1 cwn air
1 sdt air kapur

Inti sardin:
5 ekor ikan sardin dlm tin
2 biji cili dihiris
1 biji bawang holand dihiris
2 sudu sambal
Semua di aduk mesra.

Cara penyediaan:
Masak minyak masak hingga panas.
Masukkn tepung dalam bekas besar.
Tuang minyak panas td dan gaul dgn sudu.
Masukkan air yg telah dicampur garam. Tambah air kapur dan tepung beras. Uli sehingga menjadi doh.
Bulatkn dgn penggelek dan letak atas acuan karipap. Letak inti sardin. Tutup dan kelim tepinya.
Goreng karipap dgn api sederhana sehingga keperangan.
Slmt mencuba.

Kuih abok²Bahan:1 mangkuk sagu2 mangkuk kelapa parut1/2 mangkuk airGula melakaGaramDaun pisang utk membungkusCara;Gula m...
18/08/2025

Kuih abok²

Bahan:
1 mangkuk sagu
2 mangkuk kelapa parut
1/2 mangkuk air
Gula melaka
Garam
Daun pisang utk membungkus

Cara;
Gula melaka di hiris kecil.
Masukkan sagu kedalam bekas dan campurkn air kedalamnya.
Masukkan garam dan kelapa parut.
Gaul adunan hingga sebati.
Bentukkan daun pisang spt kon dan masukkan sagu sesudu besar. Letak gula melaka ditengah dan tutup dengan adunan sagu td.
Tutup adunan td daun pisang atasnya di stapler.
Kukus dlm setengah jam.

Sandwich TunaBahan:Roti gardenia Tuna dlm tin(Cap Ayam)1 biji bawang holland1 biji cili merah2 sudu besar mayonis1 tangk...
15/08/2025

Sandwich Tuna

Bahan:
Roti gardenia
Tuna dlm tin
(Cap Ayam)
1 biji bawang holland
1 biji cili merah
2 sudu besar mayonis
1 tangkai daun salad
1 biji timun
1 biji tomato

Cara;
Hiris bawang holland, cili merah dan masukkan kedalam mangkuk. Masukkan tuna dan mayonis.
Gaul dengan mesra kesemua.
Potong daun salad mengikut ukuran roti.
Hiris nipis timun dan tomato.
Letak daun salad diatas roti dan sapukan tuna.
Susun tomato dan timun.
Tutup adunan dengan roti.
Potong dua sandwich.
Selamat mencuba.

Tauhu bergedilBhn:Tauhu Saiz 1inci Keluarkn isi tauhu dan dpt kelonsong.Bergedil:2 sudu dgg kisarDirebus 5 minit5 biji k...
10/02/2025

Tauhu bergedil

Bhn:
Tauhu
Saiz 1inci
Keluarkn isi tauhu dan dpt kelonsong.

Bergedil:
2 sudu dgg kisar
Direbus 5 minit
5 biji kentang
Di goreng dan lecek
1 mangkuk isi tauhu di hancurkn
1 biji bawang holland di ricik halus
3 ulas bawang putih di lecek
3 btg daun sup
Di ricik halus
1 sudu lada sulah
1 sudu lada hitam di hancurkan
1 biji telur
Garam
Perasa
Minyak utk menggoreng

Cara:
Campurkan kesemua bahan dan di gaul hingga sebati.
Masukkan bergedil kedalam kelonsong tauhu tadi.
Pukul sebiji telur dan celupkn bhgn atas tauhu dgn telur dan di goreng dgn api sederhana.

Sedap dimakan dengan sambal kicap

Tempoyak ikan keli liar1 mangkuk cili(Ikut s**a guna cili apa.)1 mangkuk tempoyak- blender 2 benda diatas dgn air secuku...
04/02/2025

Tempoyak ikan keli liar

1 mangkuk cili
(Ikut s**a guna cili apa.)
1 mangkuk tempoyak
- blender 2 benda diatas dgn air secukupnya.
10 btg daun kesum
3 btg bunga kantan
1 helai daun kunyit
Seekor ikan keli liar
- berat sekilo stgh
10 btg bendi dipotong 2
Ikan dipotong keping
1 mangkuk kecil Minyak masak.
Garam
Perasa

Cara :
Panaskan minyak masak
Tumis bahan blend.
Masukkan ikan dan air secukupnya.
Masukkan daun² dan bunga kantan.
Letak perasa dan biar masak dgn api sederhana selama 15 minit.
Slmt mencuba.

LopesBahan a ;1/2 kg beras pulut1 mangkuk air pandanSecubit garamDaun pisang untuk membalutBahan b;1 mangkuk gula merah ...
23/12/2024

Lopes

Bahan a ;
1/2 kg beras pulut
1 mangkuk air pandan
Secubit garam
Daun pisang untuk membalut

Bahan b;
1 mangkuk gula merah
1/2 mangkuk air
Sehelai daun pandan

Lidi sate
1 mangkuk kelapa parut

Cara ;
Kukus beras pulut bersama air pandan dan garam.
Balutkn dengan daun pisang berbentuk 3 segi.
Pastikan balutan kemas dan di cucuk dengan lidi sate supaya untuk kemasan.
Kukus selama 4 jam.

Air gula merah;
Masak gula kabung/gula merah dan di tambah dgn air sehingga pekat.

Apabila sudah sejuk lopes di gaul dengan kelapa parut dan dihidangkan dengan gula merah.

PauBahan:500gm tpg gandum200gm tpg high protein2 sudu butter SCS 2 sudu susu tepung1 sudu yis1 sdt garam1 sdt soda bikar...
19/05/2024

Pau

Bahan:
500gm tpg gandum
200gm tpg high protein
2 sudu butter SCS
2 sudu susu tepung
1 sudu yis
1 sdt garam
1 sdt soda bikarbonat
1 biji telur
1 sdt garam
1 cwn air
Daun pisang utk alas pau.
Inti - sambal / kelapa.

Cara ;
Campurkan kesemua bahan dan uli hingga doh.
Biarkan 2 jam hingga doh naik.
Tumbuk² doh dan bentukkan l***r utk masukkan inti.
Bulatkan adunan dan lapis dgn daun pisang.
Kukus 15 minit dgn api besar.

Pulut ManggaBahan;Pulut:2 mangkuk beras pulut.1 mangkuk air1 sdt garam2 sudu gula2 sudu santanDikukus hingga masak.Caram...
17/04/2024

Pulut Mangga

Bahan;

Pulut:
2 mangkuk beras pulut.
1 mangkuk air
1 sdt garam
2 sudu gula
2 sudu santan
Dikukus hingga masak.

Caramel:
2 mangkuk santan
2 sudu besar tpg kastard
1 sudu besar tpg jagung
2 sudu gula
(Boleh tmbh jika s**a manis)
1 sdt garam

Masukkn kesemua bahan dlm periuk kecil dan panas api sederhana.
Kacau dgn wrisk sehingga kental dan tutup api.
Sedia utk hidangan.

Mangga dipotong².
Bijan di sangai.

SELAMAT MENCUBA.
😊

Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah Nasi TomatoBhn;4 kg beras Basmathi2 mangkuk sos ayam masak merah1 tin kecil tomato puri...
14/03/2024

Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah

Nasi Tomato
Bhn;
4 kg beras Basmathi
2 mangkuk sos ayam masak merah
1 tin kecil tomato puri
1 tin kecil QBB Gee Blend
1 cwn minyak msk
1 biji bawang merah besar
7 ulas bawang putih
3 btg serai
2 inci halia
Rempah 3 beradik,
Bunga lawang, pelaga dan kayu manis - 3 biji
1 tin Susu cair
1 biji lemon
Gula 3 sudu
Garam 2 sudu

Cara memasak;
Perahkan sebiji lemon pada susu cair dan biar 3 jam dan ia akan mengental.

Beras basmathi di basuh sekali basuhan dan direndam selama 1 jam.
Sukat beras dlm mangkuk besar utk dptkn jumlah air beras.

Blend bahan rencah, serai halia bwg².
Masukkan QBB dan minyak masak ke dalam periuk dan tumiskan bersama rempah 3 beradik.
Tumis bahan rencah sehingga pecah minyak.

Masukkan air yg tlh dis**at, sos kuah ayam masak merah, dan kesemua bahan.
Bila mendidih masukkan beras.
Tunggu sehingga nasi hampir tanak dan kecilkan api.

Ayam Masak Merah

3 ekor ayam
Dipotong dan digoreng
Sos tomato 1 peket
Sos cili 1 botol

Rencah:
5 btg serai
Separuh di blend separuh dititik.
3 biji tomato
10 biji cili masak
3 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang merah
9 ulas bwg putih
1 tin tomato puri
Rempah 3 beradik
Garam 3 sudu
Perasa aji 2 sudu
Minyak utk menumis.

Cara memasak;
Panaskan minyak.
Potong bawang merah besar 2 biji dan tumiskan.
Masukkan rempah 3 beradik.
Masukkan semua bahan blend ;
Cili, halia, serai, lengkuas, tomato, bawang².

Masukkan semua sos, tomato puri dan biar masak sehingga pekat.

Masukkan ayam yang telah di goreng dan kecilkan api selama 10 minit.

SELAMAT MENCUBA

Address

Depan Masjid, Persiaran Pulai Perdana 3
Johor Bahru
81110

Telephone

+60197896633

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resepi Warung Ida posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share