14/06/2022
Bismillahirahmanirrahim..
Ingat lagi masa first buat MC, modal tak banyak, first buat tak sampai 20balang pun dengan target waktu tu seminggu 10balang cukup la. Target kecik kecik ja biasa la anak kampung nak meniaga.
Post kat status ws, belum di ig atau fb. Memang betul betul kat status ws. Rezeki Allah tu luas, dalam masa 3jam dah berjaya kumpul order 400balang & dah ada 6orang join agent.
Makin bertambah jam, makin bertambah order & bilangan agent. Memang superb waktu tu.
Modal time tu minta dekat pakwe “esok lepas agent pickup stock, i bagi balik la duit you” memang dia paling supportive, habaq ja berapa duit asalkan kita mau usaha memang dia akan bantu.
Begitulah seterusnya sampai dah boleh topup barang sendiri hasil duit untung semua & takperlu minta kat pakwe lagi dah.
3bulan pertama berjaya jual lebih 7000balang untuk perisa Cadbury sahaja!
Now ig baru, wajah baru, rasa baru yang lebih padu, hampa kena try confirm repeat! Minta maaf kami stop lama atas beberapa insiden pahit yang berlaku, nak mula balik bukan senang. Alhamdulillah diberi kesempatan kedua, semoga terus sukses.