24/12/2017
Follow page ni untuk panduan rawatan yang alami dan do your self
MERAWAT RESDUNG DENGAN PEMAKANAN HERBA DI DAPUR
(Ikhtiar Rawatan Dalam Amalan Seminggu)
~ Kunyit~
Kunyit adalah sangat baik untuk masalah kesesakan hidung kerana ia mempunyai sebatian aktif yang dipanggil curcumin yang boleh membantu menyembuhkan bengkak di dalam rongga sinus , serta membersihkan saluran pernafasan. Caranya ;
1. Campurkan serbuk kunyit dalam segelas air suam dan berkumur. Buat beberapa kali dalam sehari. atau
2. Campurkan satu sudu (teh) serbuk kunyit dengan segelas susu dan sedikit madu, minum setiap hari selama kira-kira seminggu. atau
3. Buat jus smoothie kunyit iaitu campuran 2 keping akar kunyit, jus lemon, satu sudu madu, secubit lada merah, pisang, dan setengah cawan air. Minum setiap hari sehingga sinus berkurangan/hilang.
~ Bawang~
Bawang mengandungi sebatian sulfur yang melawan bakteria dan kulat. Caranya;
1. Potong bawang kepada kepingan kecil dan masuk ke dalam bekas yang diisi air. Biarkan air mendidih selama 5 minit dan kemudian menyedut wap untuk sementara waktu, sebelum meminumnya. Amalkan beberapa kali sehari selama seminggu.
~ Minyak Oregano~
Minyak Oregano merupakan antivirus, anti-bakteria, anti-kulat, anti-radang sebagai antioksidan dan imun-booster. Caranya
1. Meletakkan beberapa titik minyak dalam setengah cawan air mendidih. Menyedut wap untuk membersihkan kesesakan dan membuka sinus anda.
2. Titiskan beberapa titisan minyak di bawah lidah.
~ Lobak Putih Horseradish~
Lobak ini popular digunakan untuk mengeluarkan lendir dari rongga hidung. Sama seperti bawang, Lobak ini mengandungi sulfur dan bekerja sebagai antibiotik semulajadi.
1. Kemam beberapa hirisan halus dalam mulut sehingga rasanya makin hilang, kemudian makan. Agak sukar tetapi lebih mujarab. Kalau tak larat makan, buang.
Sewaktu urutan resdung dilakukan, eloklah guna mana-mana `hikmat' diatas lebih lebih lagi tang kemam lobak putih tu. Pergh!