11/11/2021
Bertabah la
Buat kawan-kawan yang mahu jalankan bisnes, ini perkara yang anda akan lalui dalam tempoh 1 hingga 3 tahun (baca mungkin 10 tahun atau mungkin lebih dari itu) :
1. Tidak cukup masa bersama keluarga.
2. Banyak masa dihabiskan untuk urusan bisnes, tetapi duit dalam poket cukup-cukup makan.
3. Isteri, suami, mak, ayah, kak long, mak lang, adik, abang mula pertikai. Sibuknya bukan main, berjayanya tak juga.
4. Setiap kali tiba hujung bulan, anda akan risau, takut duit syarikat tak cukup untuk bayar gaji staf.
5. Anda masih buat bisnes seorang diri atau hanya dengan pasukan yang kecil. Staf susah nak kekal lama.
6. Banyak drama menjaga hati. Nak jaga hati keluarga, jaga hati staf dan orang sekeliling. Hinggakan hati sendiri pun tak terjaga.
7. Kerap menangis di tikar sejadah, bilik mandi dan di dalam kereta. Tekanan yang ada tak mampu diluahkan.
8. Jualan tak seberapa, penatnya rasa sampai nak hilang nyawa.
9. Selalu bercakap seorang diri.
10. Bila lihat orang lain berjaya dalam tempoh lagi awal dari kita, rasa down, rasa bisnes ni tak betul, rasa nak berhenti, rasa kenapa aku tak berjaya lagi?
Ini adalah beberapa perkara yang anda akan lalui. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi saya kongsikan ini dahulu.
Jadi, kalian boleh tentukan mahu mulakan atau tidak. Jika tak sanggup, lebih baik usah mulakan. Dunianya keras dan kejam. Ianya tidak seindah yang disangka-sangka.
Ia bukan seperti dalam drama pakai blazer secretary bawakan air kopi. Ia tidak datang cepat seperti yang diharapkan atau dilihat dalam Instagram. Orang pakai kereta mewah makan tempat mewah, bercuti di sana sini.
Ianya perjalanan yang panjang dan sangat memeritkan.
Azri Walter,
Henyak sampai Lunyai