01/12/2016
Kita s**a tengok barang online . Kita suruh peniaga pm , dia pm . Kita suruh dia wassap , dia wassap . Kita nak gambar dia bagi . Kita nak warna lain dia , snap juga kasi kat kita . Kita nak free gift , dia bg . dia sanggup bangun masa tgh lepak atas sofa atau katil punggah stok semata nak send gambar dkt kita . Kita suruh dia pm tengah² malam , dia pm jugak . Kita wassap kacau masa dia tgh rehat , dia tetap balas .
Kita pun cakap okay . Saya nak beli barang sekian² siap suruh simpan . Even kita belum lagi bank in , peniaga tu dah siap pack nak pos kan barang tu kat kita . Kita kata nanti ingatkan hari sekian untuk bank in duit . Peniaga tu set masa dan tarikh sekian just to remind you untuk transfer duit . Masuk hari yg kita suruh tu , dia wassap ingatkan kita . sampai masa kita balas " sorry ye , duit dah terpakai . Saya tak jadi beli "
Yes ! I admit customer always right . Dalam keadaan ekonomi yg mencabar sekarang , kita tak tahu betapa struggle nya mereka nak dptkan customer . Betapa struggle nya mereka nak kejar dan capai impian mereka nak ubah nasib hidup family . korang tak pernah tahu sebab apa mereka berniaga . Mungkin dia nak simpan duit untuk sambung belajar . Ada juga yg berniaga kerana nak bantu masalah kewangan ibu dan ayah . Ada juga yg berniaga kerana nak beri anak belajar dengan baik .
Kita tak pernah sedar semua tu . Yg kita pandang ,
" pehh bisnes mesti banyak duit "
" Mesti org kaya "
" Mesti naik bmw "
" Mesti mak bapak punya company "
" Mesti bapa support modal "
Tak ! Tak semua . Cuba kita be more empathy . Tak dinafikan ada peniaga yg tak mcm ni . Tapi , bukan tugas kita untuk hukum semua peniaga tu dengan buat perkara ni . Penat lelah dia layan fussy customer macam kau yg last² tak nak beli tu nak bayar dengan apa ?
Kadang² kita tak tahu betapa gembiranya mereka bila kita kata nak beli . Dia dah terbayangkan wajah anak² , wajah mak ayah yang gembira bila kita bantu mereka . Kita bagi harapan dekat mereka . Sekali , TAK beli . kita tahu tak apa dia rasa . Bukan semua peniaga org senang .
Buat semua peniaga² mahupun peniaga online .
Share status ni okay ☺☺