KSK Hasil Penang

KSK Hasil Penang Pages ini bertujuan melaporkan segala aktiviti KSK Hasil Pulau Pinang.

12/05/2026

Bersatu Melakar Kemenangan, Berjuang Mengekalkan Kejuaraan!

18/02/2026
Program Sumbangan Kurma Sempena Ramadan Al-MubarakOleh Yayasan Food Bank MalaysiaSungai Petani, Kedah | 2 Februari 2026S...
02/02/2026

Program Sumbangan Kurma Sempena Ramadan Al-Mubarak

Oleh Yayasan Food Bank Malaysia

Sungai Petani, Kedah | 2 Februari 2026

Sempena kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak, satu program sumbangan kurma anjuran Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Februari 2026 bertempat di Penjara Sungai Petani, Kedah.

Sumbangan kurma tersebut telah disampaikan oleh Tuan Zaini Bin Ahmad, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Petani bersama Puan Sadila Suharti Abu Salim, Pengerusi PERSIAP Cawangan Sungai Petani, sebagai simbol keprihatinan serta sokongan terhadap kebajikan komuniti sempena bulan yang penuh keberkatan ini.

Team Hasil Pulau Pinang yang diketuai oleh Yang Di-Pertua Kelab Sukan dan Kebajikan, Hasil Dalam Negeri Pulau Pinang, bersama Encik Syahrul Husni Bin Yahya, telah menerima sumbangan sebanyak 15 kotak kurma (10kg setiap kotak). Pihak team turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa berbesar hati atas layanan mesra serta sambutan yang amat baik daripada pihak Penjara Sungai Petani.

Selesai sesi penyerahan sumbangan, Team Hasil Pulau Pinang telah dibawa melawat beberapa kawasan perusahaan penjara yang diketuai oleh Tuan Zakaria Bin Razali, Pengarah Penjara Sungai Petani bersama Puan Sadila Suharti Abu Salim.

Antara kawasan yang telah dilawati termasuk:
• Kawasan cucian kereta
• Kedai jualan pelbagai produk seperti makanan, kayu, pakaian, kraftangan dan besi

Penerangan terperinci berkaitan produk serta aktiviti perusahaan penjara telah disampaikan oleh Encik Imran Bin Ahmad, Pegawai Perusahaan Penjara Sungai Petani. Lawatan ini turut disertai oleh Puan Sadila Suharti Abu Salim.

Diharapkan jalinan kerjasama yang baik ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan seterusnya memberikan manfaat serta hasil yang positif kepada semua pihak.

Akhir kalam, setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Yayasan Food Bank Malaysia serta Penjara Sungai Petani atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 68 Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 31.08.2025.
02/09/2025

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 68 Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 31.08.2025.

3H 2025 pt 2
12/07/2025

3H 2025 pt 2

Selesai sudah Hasil Heritage Hunt 2025. Tahniah kepada pemenang. Yang tidak bernasib baik, kita jumpa dan cuba lagi tahu...
12/07/2025

Selesai sudah Hasil Heritage Hunt 2025. Tahniah kepada pemenang. Yang tidak bernasib baik, kita jumpa dan cuba lagi tahun depan.

Salam Kemerdekaan ke 67 Semua Ahli KSK!!!
31/08/2024

Salam Kemerdekaan ke 67 Semua Ahli KSK!!!

ASSALAMUALAIKUMGAME DAY TODAY!!!FRIENDLY GAMELHDN VS SOCSO11/7/2024 (KHAMIS)6.:30 PTG-8:00MLMKOPA ARENA USM
11/07/2024

ASSALAMUALAIKUM
GAME DAY TODAY!!!

FRIENDLY GAME

LHDN VS SOCSO

11/7/2024 (KHAMIS)
6.:30 PTG-8:00MLM

KOPA ARENA USM

Address

Batu Kawan
14100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KSK Hasil Penang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share