02/02/2024
Ramai businessman baru s**a buat benda-benda ni
- buat pelbagai jenis produk yang dalam kategori yang sama, dengan mindset nak 'sapu' semua jenis minat
- run macam-macam ads serentak, sama, dengan mindset nak sapu segala jenis minat
- buka cawangan banyak-banyak dengan jarak yang dekat
- etc2
Tapi ramai tak sedar yang akhirnya, manusia ni ada limited resources
Itu asas pembentukan teori ekonomi.
Asas kepada kenapa perbincangan ilmu ekonomi itu wujud
Ilmu ekonomi wujud sebab segala benda di dunia ni adalah terhad. Atau dalam ilmu ekonomi, menggunakan terma scarcity.
Kalau benda tu tak terhad seperti udara, maka tak wujud perbincangan ilmu ekonomi berkaitan benda tu.
Pelanggan ada duit yang terhad. Kalau bajet dia RM300 je untuk makan. Maka itu jelah yang dia ada
Pelanggan pun ada masa yang terhad. Kalau setiap hari sejam je dia makan. Sejam tu jelah dia makan
Pelanggan pun ada saiz perut yang terhad. Kalau makan sepinggan dah kenyang, maka sepinggan jelah dia makan
Modal peniaga pun terhad. Kalau ada RM100,000 untuk R&D produk. Ada RM100,000 jela.
Modal marketing pun terhad. Kalau sebulan ada RM10,000 untuk marketing. Maka ada RM10,000 jela
Disebabkan semua benda adalah terhad, sesiapa yang cuba nak sapu semua jenis market daripada awal, akhirnya tak ke mana.
Nak bina brand kena mula dengan satu produk yang betul-betul sangat bagus. Dah brand terkenal, baru mudah untuk tambah produk seterusnya.
Dan produk seterusnya tu paling best adalah produk yang bukan competitor kepada produk sedia ada, malahan akan saling melengkapi atau upsell p**a produk sedia ada yang lain
Credit to Izuddin Yussof for this statement 👍🏻😊.