SB Beauty Skincare

SB Beauty Skincare Membekal dan menjual Roti Kayu Kamat Homemade

14/11/2018
Selamat pagi semua... Jom mulakan pagi kita semua dengan doa ini:كَلِمَةِ اْلإِخْلاَصِ، وَعَلَى دِيْنِ نَبِيِّنَا مُحَمّ...
20/09/2017

Selamat pagi semua...

Jom mulakan pagi kita semua dengan doa ini:

كَلِمَةِ اْلإِخْلاَصِ، وَعَلَى دِيْنِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَعَلَى مِلَّةِ
أَبِيْنَا إِبْرَاهِيْمَ، حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ

Ash-bahnaa ‘ala fithrotil islaam wa ‘alaa kalimatil ikhlaash, wa ‘alaa diini nabiyyinaa Muhammadin shallallahu ‘alaihi wa sallam, wa ‘alaa millati abiina Ibraahiima haniifam muslimaaw wa maa kaana minal musyrikin

Di waktu pagi kami memegang agama Islam, kalimat ikhlas (kalimat syahadat), agama Nabi kami Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan agama bapak kami Ibrahim, yang berdiri di atas jalan yang lurus, muslim dan tidak tergolong orang-orang musyrik.” (Dibaca 1 x di pagi hari saja)[12]
[13]

Semoga kita semua mendapat keberkatan didunia dan akhirat.


JOM MENCUBA PRODUK DARIPADA SB BEAUTY CARE.UNTUK PENJAGAAN KECANTIKAN SECARA SEMULAJADI😍WASSUP KE TALIAN 011-256486642  ...
23/08/2017

JOM MENCUBA PRODUK DARIPADA SB BEAUTY CARE.
UNTUK PENJAGAAN KECANTIKAN SECARA SEMULAJADI😍
WASSUP KE TALIAN
011-256486642 @ 018-6642251

011-256486642 @ 018-6642251

011-256486642 @ 018-6642251

100% MENGGUNAKAN BAHAN ORGANIK (TIADA CAMPURAN BAHAN KIMIA)
KESAN BOLEH DILIHAT SEAWAL 2 MINGGU


09/08/2017

MAHU TAU TAK PERBEZAAN ANTARA PRODUK ORGANIK DAN PRODUK NON-ORGANIK/CHEMICAL ?/ 🤔
Dapat 50 LIKES admin akan ceritakan..😁😁

06/08/2017

JOM BERUBAH KEPADA PRODUK-PRODUK ORGANIK.

MACAM MANA NAK BERUBAH ?
GUNA SB COLLAGEN SOAP LAAHH 😁😁😂

Klik di bahagian komen untuk ketahui lebih lanjut tentang Produk Terbaikkk dari Ladang 👇👇👇

Berminat boleh pm ke talian berikut :

- 011-25648642 -
- 018-6642251 -



SB COLLAGEN SOAPMemperkenalkan produk terbaru berada di pasaran berasaskan kepada PATI BELUT dan herba-herba terpilih. A...
06/08/2017

SB COLLAGEN SOAP

Memperkenalkan produk terbaru berada di pasaran berasaskan kepada PATI BELUT dan herba-herba terpilih. Amat sesuai untuk individu-individu yang mempunyai masalah-masalah berikut 👇👇

👉 Kulit wajah berminyak
👉 Kulit sensitif
👉 Warna tona kulit tidak sekata
👉 Kulit kusam /tidak ceria
👉 Kulit wajah kering
KELEBIHAN MENGGUNAKAN SB COLLAGEN SOAP❓❓
➡️ Dibuat daripada bahan-bahan ORGANIK tanpa campuran bahan kimia
➡️ Tidak meninggalkan KESAN sampingan pada kulit wajah
➡️ Bau yang wangi
Jom dapatkan sabun belut dengan kadar yang segera. Kami mencari 50 PELANGGAN terrraawal untuk kami berikan harga potongan 30%.
CARA NAK DAPATKAN
Tinggalkan komen PM atau boleh terus wasup ke talian 011-25648642 (admin) untuk order.



Assalamualaikum dan celamat pagii chuolss.. 😍Moga-moga sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.. Nih nah ha...
03/08/2017

Assalamualaikum dan celamat pagii chuolss.. 😍
Moga-moga sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya..

Nih nah habaq nih...
Kita nak reveal produk organik kita pada dalam masa terdekat tauu.. Yeahh.. dah lama betul tunggu masa ni kannn.. kan.. kan
Kami pasti bisa buat anda shume nih meleleh nakkan produk kami nanti..
sebelum tuh ringan-ringankanlah tangan-tangan yang agak keras kejungs tuh untuk tekan pada status ini tanda sokongan anda pada kami..
STAY TUNED hokeyy..😁😁



PUNCA TERHASIL JERAWAT DAN KULIT WAJAH BERMASALAH  😱😱😱Ramai yang takutkan jerawat tumbuh di muka kannn.. Maklumlah..  bo...
01/08/2017

PUNCA TERHASIL JERAWAT DAN KULIT WAJAH BERMASALAH 😱😱😱
Ramai yang takutkan jerawat tumbuh di muka kannn.. Maklumlah.. boleh hilang keyakinan diri dibuatnya..
Namun sebenarnya masih banyak kesilapan yang kita lakukan dalam penjagaan kulit muka seharian tanpa kita sedari ianya telah menyumbang kepada keluarnya jerawat..
Admin hari ini ingin berkongsi tentang beberapa penyebab kepada terhasilnya jerawat dan masalah kulit.. jom baca..
10 KESILAPAN penjagaan wajah punca jerawat dan masalah kulit

Kesilapan 1

Cuci muka terlalu kerap

Eh..salah ke cuci muka kerap??
Yer..sebenarnya ada dua sebab kenapa kita tak boleh cuci muka terlalu kerap:

1. Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci atau..
2. Kulit akan cenderung jadi lebih berminyak dan berjerawat

Mencuci muka anda dengan pencuci muka dua kali sehari sahaja sudah memadai untuk membersihkan muka iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.
Kesilapan 2

Menyental dan menggosok kulit muka dengan kuat semasa mencuci muka

Ramai yang ingat bahagian muka yang ada jerawat atau bermasalah perlu disental atau digosok lebih kuat untuk mengeluarkan sebum dan kotoran dalam liang roma. Sebenarnya kita tidak boleh menggosok terlalu kuat kerana ia akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan men'cederakan' kulit dari dalam..

Gosok dengan lembut sahaja pada bahagian bermasalah dan elakkan menggaru atau memicit jerawat semasa mencuci muka..
Kesilapan 3

Menggunakan scrub terlalu kerap

Scrub selalunya mempunyai tekstur berbiji yang agak kasar. Elakkan menggunakan scrub terlalu kerap..bagi sesetengah orang, terlalu kerap menggunakan scrub boleh menyebabkan kulit menipis, lebih sensitif dan boleh menyebabkan gatal..

Sebaiknya gunakan scrub yang mempunyai tekstur lebih halus dan memadai melakukan scrub 1-3 kali sahaja seminggu.
Kesilapan 4

Memicit jerawat dengan kuku dan alat yang tidak disteril

Jika anda tiada kemahiran profesional dan alat yang sesuai untuk memicit jerawat, sila jangan lakukannya sendiri.

Memicit jerawat dengan kuku boleh memindahkan kuman daripada jerawat lain yang telah dipicit. Ini boleh menyebabkan lebih banyak jerawat yang keluar.

Jerawat yang dipicit juga selalunya meninggalkan kesan parut hitam atau kemerahan pada kulit anda jika tidak dilakukan dengan betul.

Lebih baik jika jerawat dibiarkan mengecut sendiri atau mengambil vitamin c, vitamin anti jerawat yg boleh membantu mengecutkan jerawat anda secara semulajadi.
Kesilapan 5

Membiarkan syampu rambut terkena muka

Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak untuk melembutkan rambut. Jika terkena pada muka, minyak tersebut boleh meresap ke dalam kulit muka dan boleh menyebabkan jerawat.

Sebab tu kebanyakan salon rambut membilas rambut dari belakang supaya syampu tidak terkena kawasan muka. Sebaiknya elakkan buih syampu rambut terkena muka anda.
Kesilapan 6

Membiarkan peluh di muka kering sendiri tanpa dilap
Anda kuat berpeluh? Kalau begitu lebih baik anda sentiasa menyediakan sapu tangan atau tisu untuk mengelap peluh.

Jangan dibiarkan peluh anda kering sendiri di muka tanpa dilap. Sebaiknya lap muka anda dengan kain yang bersih untuk mengelakkan peluh anda kering dan menyerap kedalam kulit muka anda. Peluh anda mungkin mengandungi kotoran bersamanya.

Jika anda berwudu', sebaliknya p**a. Kerana air wudu' mempunyai kebaikannya sendiri dan sebaiknya dibiarkan kering sendiri.
Kesilapan 7

Gunakan tuala badan sebagai tuala muka

Ramai yang buat ni..lap muka menggunakan tuala badan. Sebaiknya asingkan tuala untuk muka dan badan.

Jika tuala badan anda mempunyai kotoran, sangat mudah ia merebak ke muka anda juga. Lagipun tuala badan kita lebih banyak melekat kotoran atau kuman berbanding tuala muka.

Sebaiknya gantikan tuala anda setiap minggu agar kebersihan anda lebih terjaga.
Kesilapan 8

Menggunakan produk penjagaan muka untuk lelaki bagi wanita atau sebaliknya

Kadangkala bila tinggal serumah dengan ahli keluarga yang lain mudah berlaku seperti ini.
Anda harus ingat..menggunakan pencuci muka atau produk untuk jantina berbeza boleh memberikan kesan kepada kita.

Contohnya, scrub untuk lelaki memang lebih kasar teksturnya daripada scrub untuk wanita. Jangan sampai ia menjejaskan kulit anda kerana formulasinya yang tidak sesuai dengan anda.

Bagi lelaki p**a, menggunakan produk penjagaan kulit untuk wanita mungkin tidak memadai untuk mengatasi masalah kulit anda kerana formulasi untuk wanita selalunya lebih lembut dan kurang efektif bagi lelaki yang mempunyai tekstur kulit yang lebih kasar.
Kesilapan 9

Memakai make up sebelum tidur
Nak tidur pun pakai make up ka??

Memangla kalau boleh nak cantik selalu..tapi make up memang dilarang sama sekali dipakai ketika tidur. Make up yang tidak dibersihkan sebelum tidur akan menyumbat liang roma kita dan boleh menyebabkan jerawat.

Sebaiknya cuci muka sebelum masuk tidur supaya kulit boleh bernafas semasa tidur dan merehatkan wajah anda.
Kesilapan 10

Cuci muka dengan suhu air terlalu panas atau sejuk

Menggunakan air terlalu panas boleh mencederakan kulit muka. Jika menggunakan air yang terlalu sejuk p**a boleh membuat kulit anda rasa 'terkejut' dan melemahkan peredaran darah dan oksigen pada kulit.

Sebaiknya gunakan air suam untuk mencuci muka.

Haa, itulahh.. rupanya banyak kesilapan penjagaan kulit wajah sehari-hari kita yang kita lakukan..
Pastikan anda mencari penyelesaian bagi kulit wajah anda.
Berubah sekarang kepada produk yang tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan.😁


KENALI JENIS KULIT ANDAAdakah anda mempunyai kulit yang bermasalah? apakah tanda-tanda kulit wajah kita bermasalah? Apak...
30/07/2017

KENALI JENIS KULIT ANDA
Adakah anda mempunyai kulit yang bermasalah? apakah tanda-tanda kulit wajah kita bermasalah? Apakah tips-tips penjagaan bagi kulit muka yang bermasalah? Jom baca posting ini sehingga habis
Berikut merupakan jenis-jenis kulit yang perlu anda ketahui :
1-Kulit Normal
2-Kulit Kering
3-Kulit Berminyak
4-Kulit Kombinasi

A. KULIT NORMAL
Kulit jenis biasa ( normal ) adalah kurniaan tuhan iaitu kulit kelihatan halus dan bersih - seperti kulit bayi.
B. KULIT KOMBINASI
Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Kadang kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri. Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih dan gebu. Kadang kala kulit sebegini akan bertukar, bergantung pada penjagaan, jenis produk yang digunakan , keadaan persekitaran dan hormon.

Masalah masalah biasa yang mungkin dihadapi :
Kelenjar minyak yang tidak sekata
Muka kering
Jeragat (pigmentasi)
Whitehead ( Milia Seed )
C. KULIT KERING
Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab atau kedua duanya sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin ( air–conditoner ), pembersih muka yang beralkali tinggi ( sabun mandi yang buih berlebihan ), kurang minum air dan ubat - ubatan ( medications – Roaccutane ).

Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah:
Kedut / garis garis halus
Bintik bintik hitam (freckles)
Whitehead ( Milia Seed )
Hitam di sekeliling mata
Jeragat (pigmentasi)
Keseluruhan muka kering dan kusam

p/s : cuba tekan p**i anda dengan jari telunjuk... dan halakan ke arah hidung secara perlahan dan lembut...
jika terdapat garis-garis menunjukkan kulit anda adalah kering dan perlu diberi perhatian.." kulit kering adalah salah satu penyebab jeragat!!!
D. KULIT BERMINYAK
Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah ( jerawat - akibat penyumbatan pada pori pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Di samping itu, faktor hormon ( remaja ), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.

Masalah masalah yang biasa di hadapi adalah seperti berikut:
Blackhead
Jerawat
Pori pori terbuka
Parut
Keseluruhan muka berminyak
E. KULIT BERMASALAH
Kulit bermasalah mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitu kelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon ( remaja ) merupakan salah satu punca minyak berlebihan. Jerawat terjadi apabila pori pori yang mengeluarkan minyak berlebihan akan merangsang pembiakan bakteria.
Inilah yang menyebabkan jerawat (acne) timbul. Oleh itu, pembersihan yang sempurna amat digalakan. Hormon yang tidak seimbang ketika berlakunya pengaliran haid menyebabkan pertumbuhan jerawat pada bahagian mulut, dagu dan dahi – ini hanya sementara waktu.

Masalah masalah yang biasa adalah seperti berikut:
Blackhead
Jerawat
Jerawat batu
Pori-pori terbuka
F. KULIT SENSITIF
Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan factok luar. Misalnya perubahan cuaca,ia boleh mengakibatkan kulitnya pecah-pecah, memerah dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan mempengaruhi kulit tersebut. Perhatikan betul-betul kegiatan harian kita , terutama apa yang kita makan, jenis produk ,skincare yang kita guna dan keadaan persekitaran,tempat kita selalu lepak,kerja dalam aircond, panas terik atau banyak lagi faktor persekitaran.
Anda boleh lihat bila keadaan sensitif itu terjadi?
Guna produk muka jenama baru
Makan sesuatu jenis makanan
Terdedah dengan perfume, pewarna rambut,atau apa2 bahan kimia
Masa mandi dan minum air berklorin
Terkena sabun cuci baju
Berada di tempat atau bangunan tertentu
Sedang stress
Simptom semasa kulit sensitif
Kulit menjadi merah
Kulit menjadi pedih
Kulit mengelupas
Kulit rasa terbakar
Tompok-tompok hitam
Naik ruam /jerawat
Sudah kenal pasti apakah masalah pada kulit wajah anda.
Pastikan anda mencari penyelesaian bagi kulit wajah anda.
Berubah sekarang kepada produk yang tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan.😁


28/07/2017

PART 2

KHASIAT BELUT

Khasiat Belut
============

Belut sangat populer sebagai makanan. Karena konon rasanya sangat gurih. Tapi bagi sebagian orang, Belut itu menjijikan karena bentuknya seperti ular. Banyak orang, apalagi kaum hawa takut pada bentuk belut yang menyerupai ular. Padahal kalau dipegang, tubuh belut amatlah berbeda dari ular. Sebab, tidak memiliki sisik dan tidak memiliki bisa (racun) p**a. Karena sesungguhnya, belut merupakan ikan. Jadi kita harusnya menyebutnya, ikan Belut, bukannya ular belut.

Belut biasanya hidup di perairan sawah. Cara menangkapnya pun unik, dengan dipancing sebagaimana ikan. Karena sekali lagi, belut itu memang ikan. Tubuh belut yang licin membuat acara memancing belut cukup sulit karena bila sudah terkena kailnya, untuk memegang tubuhnya amatlah susah, licin sekali.

Harga Ikan Belut di pasaran cukup mahal karena walaupun bentuknya menyeramkan begitu. Tapi inilah uniknya belut. Kandungan vitamin dan gizi pada belut amat banyak juga. Ini yang menjadikan ikan ini banyak diburu dan punya jutaan penggemar. Berikut adalah beberapa manfaat Belut untuk kesehatan yang perlu anda ketahui.

Khasiat Ikan Belut untuk Kesehatan
≠===================

1. Ikan Belut Berkhasiat Menambah Stamina
Stamina ekstra dapat dicapai dengan banyak makan makanan berkabohidrat tinggi. Serta serat yang cukup. Karbohidrat terkadung dalam semua jenis makanan yang memiliki kalori tinggi, seperti nasi. Termasuk Belut ternyata juga kalorinya sangat tinggi yaitu: 300 kalori per 100 gramnya.

2. Membesarkan Otot
Untuk membesarkan otot dibutuhkan olahraga angkat beban seperti fitness yang sedang tren belakangan ini. Selain itu, pasokan makanan dan suplemen yang baik untuk pertumbuhan otot juga diperlukan. Untuk anda seorang binaragawan atau atlet yang butuh otot besar selalu didorong untuk konsumsi protein. Biasanya adalah telur dan ayam. Tapi cobalah tambahkan p**a menu Ikan Belut ke dalam makanan anda. Karena Belut kaya dengan protein, mencapai 150 gram per kilonya.

3. Menjaga Kepadatan Tulang dan Gigi
Tulang dan Gigi adalah organ vital manusia yang harus dijaga kesehatannya. Gangguan tulang dan gigi bisa membuat hidup tidak produktif lagi. Cobalah untuk sering makan belut karena kandungan fosfornya mencapai 2000 mg untuk satu kilo daging belutnya.

4. Manfaat Belut Mengobati Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah rendah disebabkan karena banyak hal, umumnya karena kurangnya asupan gizi dan menurunnya kadar HB dalam darah. Ikan Belut punya manfaat untuk mengobati tekanan darah karena ia memiliki kandungan zat besi yang tinggi, sebuah zat yang berfungsi untuk mengangkut energi dalam darah.

5. Khasiat Belut untuk Menyehatkan Mata
Ciri-ciri bola mata yang sehat yaitu: tidak rabun, jernih, dan berbinar. Untuk mencapai kondisi mata seperti ini dibutuhkan gaya hidup dan pola makan yang sehat. Konsumsi vitamin A amat diperlukan untuk mencapai mata yang sehat. Tahukah anda bahwa ternyata ikan belut memiliki kandungan vitamin A sangat tinggi, yaitu mencapai 1600 SI.

6. Mencegah Penyakit Beri-Beri
Penyakit Beri-Beri disebabkan karena kurangnya vitamin B. Nah, ikan belut dapat mengatasi penyakit beri-beri karena kaya dengan vitamin B, yaitu: 10 mg untuk sekilonya.

7. Khasiat Ikan Belut untuk Meremajakan Kulit
Kulit bisa menjadi cantik dan mulus karena asupan vitamin C dan air yang cukup. Banyak minum jus jeruk konon ampuh untuk meremajakan kulit. Apalagi kalau minumnya sambil makan keripik Belut. Pasti kulit anda akan bersinar merona indah.

8. Mengandung Lemak Baik
Lemak itu ada dua macam, lemak baik dan lemak jahat. Lemak baik akan mendukung tubuh mengalami pertumbuhan otot dan tulang. Sedangkan lemak jahat malah hanya menjadi plak kolesterol penyebab penyakit jantung. Nah, di dalam ikan belut terkandung lemak baik HDL sebanyak 250 gram untuk tiap 1 kg ikan belut.

9. Manfaat Ikan Belut sebagai Anti Kanker
Kanker menjadi penyakit paling mematikan sepanjang masa. Meski pengobatan di bidang kanker sudah sangat maju, namun pada dasarnya lebih banyak kasus kematiannya. Kalaupun seseorang bebas dari kanker, ia akan seumur hidup menjadi seorang survivor kanker. Tahukah anda bahwa Belut itu bisa jadi anti kanker? Karena ternyata hewan bertubuh licin dan panjang ini mengandung zat Arginin yang dipercaya sebagai zat anti kanker.

10. Ikan Belut Mencerdaskan Otak
Kata orang desa, kalau banyak makan belut itu bakalan jadi pintar dan cerdas. Belut menjadi makanan favorit semua kalangan sejak zaman dulu, dan orang desa tentu sangat gemar makan belut. Mereka banyak memberikan belut pada anak-anaknya. Nah, terbukti anaknya pada pintar-pintar..

11. Belut juga memberi tambahan tenaga luar
Biasa utk kaum lelaki..😎.dan b*k lg khasiat nya yg lain2

Semoga bermanfaat..😉😉

Address

BANDAR PUTERI
Bandar Puteri
47100

Telephone

+60134396241

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SB Beauty Skincare posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SB Beauty Skincare:

Share